Seorang model yang pernah menyatakan hasrat untuk menjadi individu pertama melakukan hubungan seks di angkasa, kini beralih kepada cita-cita yang lebih luar biasa, iaitu melahirkan anak di planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.
Elsa Thora yang berasal dari Sweden merupakan bintang OnlyFans yang berpusat di Britain berkata, dia mahu membantu membina populasi planet tersebut dan berharap jutawan terkenal, Elon Musk dapat merealisasikannya.
Wanita berusia 22 tahun yang terkenal dengan penampilan beraninya sebelum ini pernah meluahkan keinginannya untuk melakukan hubungan seks di angkasa.
"Itu adalah sesuatu yang saya benar-benar ingin lakukan, bayangkan semua posisi yang boleh dilakukan dalam graviti sifar," katanya ketika ditemubual oleh Daily Star.
Namun, Elsa kini beralih fokus kepada matlamat baharu yang lebih pelik selepas melihat permintaan daripada penstriman terkenal, Kai Cenat yang mengharapkan Elon Musk membantunya menjadi orang pertama yang melakukan penstriman secara langsung dari angkasa lepas.
"Setelah melihat permintaan besar dari seorang penstriman yang mahu menjadi orang pertama menstrim dari Marikh, saya rasa matlamat sekarang adalah untuk melahirkan bayi pertama di Marikh dan membantu membina populasi manusia," katanya.
Elsa turut mengaku dia memerlukan bantuan Elon Musk untuk membawa dirinya ke planet tersebut bagi memulakan penempatan baharu di planet tersebut.
"Dia (Musk) sudah mempunyai 12 anak, jadi dia tahu apa yang dia lakukan," ujar Elsa sambil bergurau.
Sementara itu, menurut Pakar Fizik dan Astronomi, John Millis, melakukan hubungan seks di angkasa adalah tidak menyenangkan kerana ia seperti melakukannya ketika terjun bebas.
"Semua masalah berkaitan dengan persekitaran graviti mikro yang dialami oleh angkasawan. Bayangkan melakukan aktiviti seksual ketika terjun bebas, setiap dorongan atau hentakan menyebabkan anda bergerak ke arah bertentangan," katanya. - Sumber Daily Star.
Elsa Thora menyatakan hasrat untuk menjadi individu pertama melahirkan anak di planet Marikh. - Foto Elsa Thora.