Sebuah Cawan teh emas tulen berharga sekitar 10 juta yen (RM311,499) dicuri dari sebuah gedung membeli-belah di Tokyo pada Jumaat dan polis tempatan kini sedang memburu seorang lelaki yang dirakam kamera mengambil barangan tersebut.
Cawan diperbuat daripada emas 24 karat itu hilang daripada ruang pameran sebuah cawangan Takashimaya iaitu pusat pameran pelbagai produk emas untuk dijual.
Menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan, seorang petugas menyedari mangkuk itu hilang dari ruang pameran pada sekitar waktu tengah hari sempena pameran emas di gedung Beli-Belah Nihombashi Takashimaya.
Kyodo News melaporkan lelaki itu memaklumkan kes kecurian kepada polis kira-kira 15 minit kemudian.
Kamera litar tertutup (CCTV) merakam seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an tahun mengalihkan mangkuk itu dan memasukkan ke dalam beg galasnya pada sekitar 11.40 pagi (waktu tempatan).
Menurut polis lagi, lelaki tu memakai cermin mata dan jaket sejuk.
The Guardian melaporkan cawan teh terbabit adalah barang paling mahal di antara lebih 1,000 set minum petang, pinggan mangkuk dan artifak yang dipamerkan, kata jurucakap peruncit itu.
"Ia disimpan dalam kotak lutsinar yang tidak berkunci pada masa itu. Jadi ia boleh dibawa keluar untuk memudahkan pelanggan melihatnya dengan teliti," tambah jurucakap itu.
Menurut jurucakap, pameran tetap diteruskan walau berlaku insiden itu, namun kawalan keselamatan gedung yang dipertingkatkan. - Sumber The Guardian.