Memaparkan catatan dengan label LostWorld. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LostWorld. Papar semua catatan

Ahad, 25 Disember 2022

(Video) Saintis temui 'jalan berbata kuning' 3,000 meter di dasar laut, didakwa laluan ke dunia baharu

(Video) Saintis temui 'jalan berbata kuning' 3,000 meter di dasar laut, didakwa laluan ke dunia baharu


Sebuah ekspedisi yang dilakukan di utara Kepulauan Hawaii mendedahkan penemuan di dasar sebuah jurang dengan sesuatu kelihatan seperti jalan bata kuning, lapor laman berita Science Alert pada 21 Disember 2022.


Penemuan itu dibuat oleh kapal peneroka Nautilus awal tahun ini semasa meninjau puncak Liliʻuokalani dalam Monumen Nasional Marin Papahanaumokuakea (PMNM).


PMNM ialah salah satu kawasan pemuliharaan marin terbesar di dunia, lebih besar daripada gabungan semua taman negara di Amerika Syarikat (AS) dan saintis hanya meneroka kira-kira 3 peratus daripada dasar lautnya.


Penyelidik di Ocean Exploration Trust mengkaji sempadan hutan belantara itu yang terletak lebih daripada 3,000 meter di bawah laut.


Rakaman ekspedisi itu diterbitkan di YouTube pada April lalu yang merakamkan detik penyelidik mengendalikan kenderaan laut dalam sebelum terjumpa jalan itu.


"Ia adalah jalan ke Atlantis," seorang penyelidik di radio didengari berkata.


"Jalan bata kuning?" suara lain membalas.


"Ini pelik," tambah seorang lagi ahli pasukan itu.


Pasukan itu menyatakan bahawa laluan tersebut kelihatan hampir seperti 'kerak panggang' yang boleh dikupas.


Dalam satu bahagian kecil, batu gunung berapi itu telah retak dengan cara yang kelihatan sangat mirip dengan batu bata.


"Rekahan bersudut 90 darjah itu mungkin berkaitan dengan tekanan pemanasan dan penyejukan daripada pelbagai letusan di kawasan ini," demikian kapsyen pada video itu.


Pada pandangan pertama, rekahan itu mudah disalah anggap sebagai laluan ke dunia baharu yang indah. - Sumber Science Alert.


Sabtu, 1 Oktober 2022

Jurugambar rakam 'tapak perkuburan paus' yang menyeramkan di Greenland

Jurugambar rakam 'tapak perkuburan paus' yang menyeramkan di Greenland


Seorang jurugambar dari Sweden, Alex Dawson berjaya mengungguli tempat pertama Kategori Sudut Lebar Pertandingan Fotografi Dalam Air 2022 Selam Skuba menerusi foto tapak perkuburan paus di dasar laut, lapor akhbar Mirror UK pada 29 September 2022.


Dawson menggunakan laman Twitter untuk menyiarkan gambar yang dirakamnya di bawah gunung ais di Greenland, bagi berkongsi kegembiraannya memenangi hadiah pertama.


"Saya amat berbesar hati kerana majalah Scuba Diving Magazine memilih gambar saya sebagai pemenang 2022 dalam kategori pandangan lebar," tulisnya.


Siaran itu telah menerima lebih 43,000 suka dan lebih 6,000 tweet semula sejak dikongsi. Ramai pengguna media sosial telah mengulas, mengucapkan tahniah kepada jurugambar itu atas pencapaiannya.



Dawson turut mendedahkan kesukaran yang dihadapi semasa proses rakaman gambar tersebut dalam keadaan suhu sejuk beku -2 darjah Celsius.


Di bawah lapisan ais setebal 91 sentimeter yang terbentuk di Teluk Tasiilaq, Greenland, Dawson dan temannya, Anna Von Boetticher berenang di kawasan menempatkan sejumlah 20 bangkai paus untuk merakam gambar itu.


"Biasanya untuk melihat tulang ikan paus seperti ini anda memerlukan kapal selam. Di Greenland, ia terletak hanya 4.5 meter hingga 6 meter di bawah permukaan air, dan kekal hampir tidak disentuh.


"Untuk masuk ke bawah ais, satu-satunya pintu masuk adalah melalui lubang kecil bersaiz manusia di dalam ais. Kami berenang di bawah ais selama lebih sejam untuk menangkap gambar," katanya. - Sumber Mirror UK.


Tapak kubur paus yang ditemui Dawson di teluk Tasiilaq, Greenland. - Foto Alex Dawson.

Selasa, 8 Jun 2021

Mengungkap Misteri Pulau Socotra, Planet Alien Atau Persembunyian Dajjal

Mengungkap Misteri Pulau Socotra, Planet Alien Atau Persembunyian Dajjal


Di suatu tempat di Selatan Semenanjung Arab, terdapat sebuah pulau yang penuh dengan pelbagai bentuk kehidupan yang pelik, dan merupakan salah satu tempat paling aneh di dunia. Pulau Socotra di Yaman ini mempunyai landskap sangat luar biasa yang tidak terdapat di mana-mana tempat.


Mereka mengatakan bahawa jika anda tertidur dan bangun di Pulau Socotra, anda mungkin berfikir bahawa anda telah diculik oleh makhluk asing, kerana pulau ini seolah-olah seperti berada di planet lain.


Pulau Socotra adalah salah satu dari empat gugusan pulau, tetapi ia adalah yang terbesar. Keluasan pulau ini hanya sekitar 83 x 27 batu, tetapi merupakan tempat yang paling asing di bumi. Ia terletak kira-kira 241 kilometer dari timur Tanduk Afrika dan 290 kilometer di selatan Semenanjung Arab. 


Kepulauan kecil ini seperti tak terpengaruh oleh waktu dan tidak pernah berubah selama ribuan tahun. Tidak hairan jika Socotra memiliki beberapa gelaran, mulai dari 'the lost world', pulau alien, hingga dipercayai tempat persembunyian dajjal. 


Pulau Socotra di Kepulauan Socotra terkenal dengan tumbuhan seperti pohon darah naga yang berbentuk seperti payung terbalik. Lebih menakjubkan, satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap flora dan fauna di pulau itu, saintis menemui 700 spesies endemik yang tidak pernah ditemui di mana-mana tempat di seluruh dunia.


Sebagai contoh, 37 peratus daripada 825 spesies tumbuhan dan 90 peratus daripada spesies reptilia ditemui adalah unik yang hanya terdapat di pulau itu. Saintis juga menemui 192 jenis burung, 253 jenis batu karang dan lebih 1,000 spesies hidupan marin tinggal di perairan pulau itu.



Antara haiwan luar biasa yang menarik perhatian saintis termasuk labah-labah tarantula biru dan sesumpah ganjil. Pulau itu juga mempunyai pemandangan luar biasa kawasan pantai, tebing batu, gua dan Gunung Hajhir yang luar biasa.


Tidak hairanlah Kepulauan Socotra yang mempunyai empat pulau dan dua pulau berbatu diiktiraf sebagai Lokasi Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Socotra dianggap sebagai pembentukan tanah paling terpinggir di dunia dan dipercayai kepulauan itu sebahagian daripada benua besar Gondwana tetapi terpisah kira-kira 20 juta tahun dahulu.


Penduduk di pulau ini majoritinya adalah petani, penternak dan nelayan.

Antara pokok timun raksasa di pulau Socotra.

Antara endemik haiwan pelik.

Ahad, 27 Mei 2018

Petra, Kota Menakjubkan Yang Pernah Wujud Hilang Ratusan Tahun Temui Semula

Petra, Kota Menakjubkan Yang Pernah Wujud Hilang Ratusan Tahun Temui Semula



Tempat ini digelar 'The Lost City' adalah sebuah bandar bersejarah, dinobatkan sebagai satu dari tujuh keajaiban dunia pada tahun 2007 lalu. Selepas sebahagian kecil kawasan ini di baik pulih, ia telah di buka untuk tujuan pelancongan. Petra adalah salah satu kota paling menakjubkan yang pernah ada di dunia, berada di wilayah Amman, Yordania.

Keunikan kota hilang ini menarik minat ramai, bukan saja pelancong malah pernah di jadikan salah satu lokasi pengambaran filem Transformer siri Revenge of the Fallen. Kota yang terletak di bahagian selatan Jordan berdekat Laut Mati ini ditinggalkan, mungkin kerana gempa bumi yang merosakkan infrastruktur sistem perairan di kota itu.

Kawasan Petra terletak di tengah-tengah antara Teluk Aqaba dan Laut Mati pada ketinggian sekitar 800 hingga 1396 meter di atas permukaan laut. Luas kota Petra lebih kurang 264 kilometer persegi. Kota Petra ini tidak akan terlihat secara terang-terangan bila ada yang mencarinya di atas bukit. Suku Nabatean sudah memikirkan cara agar terlindung dari serangan musuh dengan membangunkan kota di antara gunung-gunung berbatu yang tersembunyi.



Kini, tempat ini dapat dicapai dengan menggunakan kenderaan khusus yang biasanya disediakan di terminal bus Amman. Untuk masuk ke kawasan Petra, pelancong yang datang diwajibkan membayar tiket lawatan. Dengan tiket tersebut, para pengunjung berhak menunggang Kuda atau Unta hingga ke gerbang utama menuju Petra Treasury, merupakan salah satu bangunan utama di lokasi tersebut.

'Petra bermaksud batu' merupakan sebuah kota batu yang pernah hilang selama ribuan tahun. Oleh sebab itu kota ini disebut sebagai The Lost City. Ketika memasuki kawasan Petra, pengunjung akan melihat jejeran bangunan megah yang dibuat dan dipahat dari batu-batu berukuran raksasa. Tidak pasti bagaimana orang-orang pada masa itu membina dan memahat kota ini hingga menjadi kota yang sangat megah. Di sini, pengunjung akan diajak untuk memasuki lorong sempit yang panjangnya sekitar 1 kilometer.



Berjalan pelan-pelan di antara bongkahan batu-batu besar di sisi kiri dan kanan hingga tiba di tempat bangunan utama berada iaitu Petra Treasury. Bangunan cantik ini seakan sebuah istana dengan seluruh dindingnya berwarna kemerah-merahan. Di kawasan Petra terdapat pula makam para raja, sisa runtuhan ruangan teater yang di yakini mampu menampung hingga 4 ribu orang sekaligus.

Teater tersebut dibina era Romawi. Petra pernah dikuasai Romawi, sehingga jasad-jasad yang disimpan di dalam makam hingga simbol-simbol yang digunakan oleh suku Nabatean dibersihkan. Pihak Romawi kemudian mengalihfungsikan bangunan itu menjadi arena pengadilan dan lain-lain. Dalam catatan sejarah, Petra adalah ibukota Kerajaan Nabatean yang didirikan Raja Aretas IV pada 9 hingga 40 SM.

Ketika itu, Petra adalah kota yang kukuh dan sukar di tembusi musuh. Selain itu, Petra yang terletak di Lembah Wadi Araba memjadikan kota ini terhindar dari badai pasir. Setelah Romawi menang peperangan dan menguasai Petra pada tahun 106 M, kota ini mula menghilang dari pengetahuan umum. Kemudian ditemui semula oleh penjelajah asal Swiss, Johan Burckhardt pada tahun 1812. Di percayai kota ini telah terkubur lebih dari 500 tahun.

Selain Treasury, pelancong juga boleh menyusuri rumah-rumah kecil yang dihuni oleh penduduk Petra zaman dulu kala. Rumah itu sangat sederhana, dipahat dengan seadanya, hanya berbentuk lubang kecil seperti gua, namun di dalamnya terdapat juga ruangan-ruangan lain. Gunung Jabal Harun atau Gunung Harun adalah yang tertinggi di Petra. Kebanyakan pelancong dari Eropah dan Amerika biasanya menghabiskan waktu 2 hingga 4 hari untuk menjelajah Petra.



Khamis, 10 Mei 2018

Kota Thonis Hanya Dianggap Mitos Sebelum Ini Ditemui 'Terkubur' Dasar Laut Mediterranean, Mesir

Kota Thonis Hanya Dianggap Mitos Sebelum Ini Ditemui 'Terkubur' Dasar Laut Mediterranean, Mesir


Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota legenda purba Thonis-Heracleion hanyalah sebuah mitos, namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 lalu sekali gus menyangkal dakwaan itu. Kota yang selama ini dikatakan mitos sebenarnya pernah wujud di bumi ini.

Kota purba ini dikatakan lenyap di kawasan Mediterranean sekitar 1200 tahun dahulu. Kota yang diselubungi misteri ini ditelan oleh Laut Mediterranean, dan tertanam di dalam pasir dan lumpur beribu tahun lamanya.

Hasil penemuan ini, ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, dan mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang masih terpelihara dengan baik. Kota ini dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba, dan orang-orang Mesir purba pula menyebut dengan nama Thonis.


Pertama kali kota ini telah ditemui semula pada tahun 2000 lalu oleh ahli arkeologi, iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM). Mereka kemudian melakukan satu kajian geofizik selama empat tahun.

Mereka mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama yang berada jauh di dasar laut. Penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir. Ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota ini hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Kumpulan mereka turut menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki.


Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria, Mesir. Mereka berjaya mengeluarkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dan batu kapur (Sarcophagi) yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir purba di tapak penemuan kota tersebut. Tetapi disebalik semua keseronokan atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan dengan tepat, mengapa ia tenggelam?

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan tergelincir ke dasar laut selepas ia dibina pada abad ke-8 sebelum Masihi. Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, dikatakan kota ini dibina sekitar muara Sungai Nil.

Andaian itu dibuat berdasarkan patung gergasi granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut. Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa menyebabkan kota tersebut terkubur ribuan tahun lamanya.

Pasukan penyelidik Goddio juga berpendapat bahawa berat bangunan besar yang didirikan di atas permukaan tanah liat menyebabkan air masuk dirantau itu, dan mungkin tanah pasir telah menyebabkan sebahagian besar kota itu tenggelam ekoran gempa bumi.

Colossus Ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah berukuran 490 cm dan seberat 4 tan.

Franck Goddio memeriksa batu yang dipenuhi serpihan emas. Sebuah bekas emas Phiale turut dijumpai di kota Thonis-Heracleion.

Patung Gangsa firaun dari dinasti ke-26 turut ditemui di kuil sekitar Amon di Heracleion.

Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung gergasi itu berukuran lebih 5 meter tinggi dibuat dari granit merah.

Franck Goddio dengan tugu bersurat Heracleion yang masih utuh setinggi 1.9 meter.

Lampu minyak Gangsa Hellenistic dari abad ke-2 SM ditemui di kuil Amon.

Selasa, 1 Mei 2018

Misteri Hidupan Di Pulau Socotra Yang Unik

Misteri Hidupan Di Pulau Socotra Yang Unik

Pulau socotra

Misteri pulau terpencil yang wujud sejak jutaan tahun lalu yang terletak di lautan Hindi di selatan Yaman. Pulau ini seakan dirahsiakan oleh kerajaan Yaman kerana tidak pernah mempromosi untuk tujuan pelancongan. Dikatakan bahawa pulau ini adalah salah satu daripada tempat paling pelik di dunia.

Terdapat tumbuh-tumbuhan aneh yang tidak didapati di tempat lain, dan landskap pulau ini kelihatan seperti datang dari planet lain. Pulau ini juga merupakan rumah bagi kira-kira 900 spesies flora dan fauna yang unik. Hampir 1/3 spesies yang terdapat di pulau ini tidak dapat temui dikawasan lain.

Menurut seorang peneliti Bin's Corner, beberapa jenis tumbuhan yang ada di pulau ini telah berevolusi menyesuaikan dengan keadaan perubahan iklim dan biologi, menjadikan pemandangan yang terdapat di pulau Socotra ini sungguh menakjubkan.



Kebanyakan peneliti mengelar pulau ini sebagai 'dunia yang hilang'. Pulau ini dipercayai telah terpisah dari daratan Afrika selama 6 hingga 7 juta tahun yang lalu. Terletak di lautan Hindi sekitar 250 kilometer dari Somalia dan 340 kilometer dari Yaman. Pulau ini memiliki pantai berpasir yang sangat luas, gua batu kapur dan gunung-ganang yang tinggi, tetapi sebahagian besar dari pulau ini sangat panas dan kering sehingga mencipta beberapa tanaman yang menakjubkan.

Pulau ini memiliki gurun tropika dengan suhu melampau dan hampir tidak pernah hujan. Keadaan ini menjadikan wujud tanaman khas seperti mawar padang pasir yang hanya boleh ditemui di pulau Socotra. Pulau yang digambarkan tempat paling asing di bumi ini mempunyai penduduk sekitar 40 ribu, jumlah penduduk yang ada di pulau ini baru diketahui beberapa tahun lalu.

Pulau ini memiliki tiga geografi yang berbeza iaitu daratan pesisir yang sempit, sebuah daratan batu kapur yang tinggi dan pergunungan yang mencapai ketinggian sehingga 1500 meter. Nama Socotra diambil dari bahasa Sansekerta iaitu Sukhadhara Dvipa yang bermaksud 'pulau kebahagiaan'.




Di pulau Socotra, kita boleh menemui pokok Darah Naga (Dracanea Cinnabari). Pokok Darah Naga adalah antara pokok unik terdapat di pulau ini. Pohon Darah Naga yang berbentuk payung serta cabang padat dan mempunyai getah seperti darah ini sering digunakan untuk ritual sihir, perubatan dan pewarna, sementara mawar gurun memiliki batang bulat yang menarik. 

Penduduk yang hidup di pulau ini menggunakannya sebagai ubat dan kosmetik. Tidak hanya tumbuh-tumbuhan, pulau Socotra juga kaya akan haiwan cantik yang belum pernah ditemukan di tempat lain. Antara haiwan yang ditemui di sini seperti Burung, Ketam dan Laba-Laba endemik. Di Pulau ini juga terdapat dari 90 peratus jenis reptilia.

Jenis burung pula terdiri dari 192 spesies, dan 44 dari spesies itu ialah burung yang hanya kita boleh temui di pulau ini. Spesies endemik terumbu karang juga terdapat disini. Pulau ini pernah dicalonkan sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang baru. Selain itu UNESCO memberikan penghargaan kepada pulau ini sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.



Selasa, 17 April 2018

Keindahan Gunung Roraima Terpisah Dari Dunia Luar Sejak Ratusan Juta Tahun

Keindahan Gunung Roraima Terpisah Dari Dunia Luar Sejak Ratusan Juta Tahun


Bila berbicara mengenai zaman purba, pasti fikiran kita teringat akan haiwan gergasi seperti Dinosaur, serta habitatnya yang kini telah berubah menjadi kota-kota moden. Tidak banyak tempat atau haiwan dari zaman purba yang masih bertahan hidup hingga ke hari ini. Namun tahukah kamu bahawa ada tempat dari zaman purba masih bertahan hingga masa kini iaitu Gunung Roraima.

Gunung Roraima disebut sebagai dunia yang hilang dari zaman purba ini merupakan kawasan paling mempesona di dunia, dengan kombinasi aneka keindahan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan. Bayangkan saja, ditempat ini terdapat keindahan semulajadi yang membuat kamu seolah-olah berada di dunia dongeng.

Di Gunung Roraima terdapat air terjun, kolam semulajadi, pantai berpasir, formasi karang, kabus, lembah kristal, retakan gunung dan Sabana. Ia merupakan formasi geologi gunung meja tertua di bumi, terpisah dari dunia luar sejak ratusan juta tahun yang lalu. Puncak tertingginya adalah Maverick Rock setinggi 2810 meter dari permukaan laut. 

Di dataran gunung Roraima juga terdapat tumbuhan dan spesies haiwan yang unik berbeza daripada apa yang pernah kita kenali, antaranya Roraima bellflower, katak Roraima Bush (Oreophrynella quelchii), Rapatea heather dan pitcher plant. Flora dan fauna yang wujud di atas puncak Roraima kini dikelaskan dalam spesies terlindung.

Dalam bahasa Sepanyol, Gunung Roraima disebut Monte Roraima, juga dikenal sebagai Tepuy Roraima dan Cerro Roraima. Roraima merupakan gunung tertinggi dari rantai Pakaraima dari dataran tinggi Tepuy di Amerika Selatan. Pada 1595, Sir Walter Raleigh mengatakan, keluasan puncak gunung ini sekitar 31 kilometer persegi, di semua sisi dibatasi tebing setinggi 1300 kaki.





Gunung ini terletak di Amerika Selatan merupakan sempadan antara negara Venezuela, Guyana dan Brazil. Dataran Gunung Roraima adalah salah satu tempat unik dan misteri di dunia, terhampar di ketinggian 2739 meter dengan formasi tebing batu vertikal yang menjulang dari padang rumput dan hutan. Biasanya pengunjung yang datang di gunung ini melalui Taman Nasional Canaima di tenggara Venezuela.

Kebanyakan penelitian yang datang di dataran Gunung Roraima berhasil mendapatkan banyak penemuan luar biasa. Para ahli penyelidik sepakat bahawa lingkungan di Roraima itu tidak terusik selama jutaan tahun kecuali akibat gerusan angin dan air. Tumbuhan yang hidup di ketinggian hampir 3 kilometer ini sangat unik, beradaptasi dengan lingkungan yang keras.

Curah hujan turun tidak henti sepanjang tahun, dan hampir seluruh permukaan tertutup pecahan batuan pasir. Keadaan ini nyaris tidak memungkinkan tanaman lasak yang berakar panjang mampu bertahan hidup di sini. Struktur tanah yang rapuh dan kurang nutrisi ini hanya mampu ditumbuhi tanaman perintis ketogeri lumut.


Keadaan yang sukar di dataran Roraima menjadi mimpi buruk bagi semua lingkungan kehidupan yang sudah kita kenali. Namun ekosistem yang terbentuk di 'lost world' ini menjalin suatu rantai komuniti yang magik dan menakutkan dalam kacamata manusia. Dari segi cara bertahan hidupan ini seperti hukum rimba 'yang terkuat akan bertahan' berlaku mutlak di Gunung ini.

Dari segi flora, banyak ditemui tumbuhan yang berevolusi menjadi tumbuhan karnivora (pemakan daging). Sangat mudah menemui tumbuhan yang menyerupai Semar Paya, beberapa spesies sundew (rangkaian tanaman berduri mirip kaktus yang menyembul dari dalam tanah dan memakan serangga) dan bladderwort (sejenis lumut rumput). Ketiga-tiga jenis ini adalah tanaman indah yang punya reputasi sebagai karnivora memakan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain.

Haiwan-haiwan kecil yang berada di gunung ini kehilangan kemampuan penglihatan. Namun, ia mampu bertahan hidup sekiranya tumbuhan karnivora tidak memangsanya. Ada juga haiwan yang tidak mampu berenang dan hanya bergerak perlahan secara merangkak. Kerana tempat ini sungguh misteri maka tidak hairanlah jika disebut sebagai dunia yang hilang.

Gunung ini kelihatan sangat unik, menjulang tinggi terbentuk dari batuan dan tanah yang diukir oleh angin dan hujan, bagaikan sebuah tiang besar mengongkat awan. Aliran air yang terdapat di dataran mengalir deras menuju tebing dan jatuh menjadi air terjun, merupakan air terjun yang tertinggi di dunia. Aliran air yang kemudian bersatu dengan liukan sungai Amazon yang benar-benar sungguh luar biasa.

Oleh kerana tempat ini sangat menakjubkan, justeru menjadi inspirasi dalam filem animasi karya Disney Pixar. Dalam satu dokumentasi diceritakan bahawa Tim Pixar mendaki gunung ini untuk mengambil gambar, dan memindahkannya dalam bentuk animasi. Kerana tempatnya yang begitu indah tempat ini juga selalu dijadikan lokasi mengambil gambar.


Isnin, 19 Mac 2018

Gempar, Penemuan Runtuhan Istana Purba Di Pulau Terpencil Siberia

Gempar, Penemuan Runtuhan Istana Purba Di Pulau Terpencil Siberia

Misteri Por Bajin

Terdapat sebuah pulau kecil dan terpencil dengan pemandangan yang membingungkan, salah satu misteri dunia yang belum dipecahkan hingga kini. Pulau di Siberia yang nyaris tidak tersentuh peradaban ini dikenal sebagai Por Bajin atau Por-Bazhyn. Terletak di antara dua wilayah Siberia iaitu Sayan dan Altai, berdekatan dengan sempadan Mongolia.

Runtuhan purba yang terkenal dengan nama Por Bajin ini diyakini dibangunkan sekitar 1300 tahun lalu, antara 744-840 Masehi. Runtuhan misteri ini pertama kali ditemui pada tahun 1891. Meski pada pandangan pertama terlihat seperti benteng dengan dinding yang tinggi dan barisan bangunan tersusun rapi, kita tetap masih merasa bingung ketika melihat lebih dekat kerana reka bentuknya yang unik.

Namun, sehingga sekarang tidak dapat dipastikan atas tujuan apa tempat itu dibina, dan mengapa ditinggalkan. Pada tahun 2007, para ahli peneliti mendapat sedikit gambar merungkai misteri itu apabila menemukan adanya pengaruh budaya Tiongkok di Por Bajin. Perkara itu merujuk pada penggunaan jubin tertentu serta kaedah pembinaan bangunan itu hampir mirip dengan peradaban China purba.

Misteri Por Bajin

Para ahli percaya struktur runtuhan berusia 1300 tahun ini pada awalnya, mungkin merupakan istana musim panas ketika kekuasaan Uighur. Beberapa peneliti lain juga percaya bahawa pulau tersebut mungkin pernah menjadi tuan rumah sebuah kuil Buddha atau Manichaean. Pendapat lain juga mengatakan ada kemungkinan tempat tersebut merupakan benteng pertahanan.

Semakin banyak spekulasi dan pendapat berkaitan tempat ini, namun tidak satu pun yang benar-benar mengungkap misteri Runtuhan tersebut. The Por-Bajin Cultural Foundation, web rasmi yang bertanggungjawab meneliti runtuhan ini pernah menyatakan bahawa, Por Bajin dibangunkan pada kekuasaan Uighur sekitar 744 hingga 840 masehi.

Namun, belum jelas apa tujuan mereka membangun benteng di tempat terpencil yang jauh dari permukiman besar dan laluan perdagangan ini. Masih banyak misteri Por Bajin belum terjawap dan terus diperdebatan hingga kini. Adakah tasik yang ada sekitar Por Bajin sengaja dibuat? Jika betul begitu, pasti ada tujuan tertentu disebalik itu semua. Apapun persoalannya, Por Bajin akan tetap menjadi misteri dunia selama bertahun-tahun yang akan datang.



Ahad, 14 Mei 2017

Kewujudan Kota Emas Paititi Kekal Misteri Sehingga Kini

Kewujudan Kota Emas Paititi Kekal Misteri Sehingga Kini


Berdasarkan cerita lisan turun temurun tradisi Inca, diceritakan bahawa jauh di dalam hutan Amazon di timur wilayah Andes di Peru terdapat sebuah kota misteri. Tempat ini disebut Paititi 'the lost city of gold' atau kota emas yang hilang. Sejak dulu lagi ramai pemburu harta karun cuba menjejaki kota ini termasuk ahli arkeologi yang turut mencari kota legenda ini.

Namun bukan perkara yang mudah untuk menjejaki kota emas ini. Hutan Amazon adalah tempat yang amat berbahaya kerana perdagangan kokain dan pembalak haram aktif di dalam hutan ini. Banyak penjalajah yang ditembak mati ketika memasuki kawasan ini. Malah ada yang dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

Selain itu, kehilangan mereka turut dikaitkan dengan unsur mistik yang sukar dijelaskan. Hal ini mungkin boleh menjelaskan mengapa ramai orang mati ketika melakukan pencarian di hutan itu. Ada juga antara mereka mencari kota ini bertujuan untuk belajar lebih banyak tentang sejarah kewujudan Paititi.

Menurut legenda, Paititi dibina oleh pahlawan Inca yang bernama Inkarri. Dia juga membangunkan kota Cusco sebelum berundur masuk ke hutan apabila para penakluk Sepanyol tiba. Ketika penakluk Sepanyol memasuki Cusco, mereka mengambil emas dan perak tetapi mereka hanya menemui sebahagian kecil daripada jumlah sebenar.

Kebanyakan harta seperti emas tidak pernah ditemui sehingga sekarang, dipercayai bangsa Inca menyembunyikannya sebelum kedatangan penjajah ketika itu. Menurut kabar angin, barangan berharga dan emas miliki peradaban Inca disembunyikan di kota Paititi (kewujudan kota emas Paititi hanya legenda).

Pada tahun 2001, arkeologi Italia yang bernama Mario Polia menemui laporan dari seorang mubaligh bernama Andres Lopez yang disimpan di arkib di kota Vatikan, Itali. Dalam dokumen tersebut bertarikh pada tahun 1600, Lopez menjelaskan secara terperinci sebuah kota besar yang kaya dipenuhi emas, perak dan hiasan mewah.

Ia terletak di tengah-tengah hutan tropika yang disebut Paititi oleh penduduk asli. Lopez memberitahu tentang penemuan tersebut namun tidak menyatakan dengan jelas lokasi kota emas itu. Satu kumpulan berusaha menyelidik kebarangkalian kewujudan kota Paititi. Mereka kemudian menghabiskan masa selama dua tahun berada di hutan Amazon pada tahun 2001 hingga 2002.

Mereka menemui beberapa sisa runtuhan menarik berdekatan bandar Riberalta di utara Bolivia, dipercayai pecahan seramik Inca, namun mereka tidak menemui emas ataupun perak serta barang berharga lain di tempat itu. Pada tahun 2008 sekali lagi dihebohkan dengan berita penemuan runtuhan purba di Kabupaten di Peru.

Dalam laporan menyatakan bahawa penemuan itu adalah antara sepihan kota yang hilang. Sekali gus menarik minat ramai terutama ahli arkolegi, namun penyelidik tidak yakin bahawa runtuhan itu ada kaitan dengan kota emas yang disebut-sebut. Pemburu harta karun masih mencari kota emas itu walaupun kewujudannya masih diragui dan terus menjadi misteri dunia hingga kini.