Rabu, 23 April 2025

Polis percaya Bella jadi 'umpan' tarik kenalan lelaki untuk 'pau' wang


Keterujaan seorang lelaki temankan kenalan perempuan yang baru sahaja dikenalinya di sebuah laman sosial untuk tidur, dilihat menjadi punca dia menjadi mangsa pukul tujuh lelaki di lokasi yang dijanjikan sebelum itu.


Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, siasatan awal mendapati kesemua tujuh individu terbabit bertindak memukul lelaki berkenaan bertujuan untuk mengugut dan mendapatkan wang.


Katanya, selain dipukul hingga separuh mati, mangsa turut menjadi mangsa pemerasan wang tunai termasuk motosikal miliknya.


"Sehingga kini siasatan terperinci masih dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan wanita yang dikenali sebagai Bella dijadikan sebagai umpan untuk memancing mangsa terutamanya kenalan-kenalan dalam media sosial.


"Apa pun motif kejadian dipercayai untuk mengambil kesempatan bagi mengugut mangsa seterusnya mendapatkan wang," katanya.


Ketika menceritakan kejadian, mangsa berkata, gadis yang dikenali sebagai Bella mengajaknya untuk menemaninya tidur di kediaman wanita itu kerana mendakwa dirinya tidak sihat.


Bagaimanapun, selepas memasuki rumah sewa didiami 'Bella' mangsa ditumbuk, ditendang selain dipukul menggunakan senjata sebelum mangsa diugut supaya memberikan wang berjumlah RM3,000.


Mangsa yang tidak mampu melawan hanya menyerahkan wang tunai RM600 serta motosikal Yamaha Y16ZR yang dirampas suspek.


Akibat kejadian itu, lelaki berasal dari Kluang, Johor itu, mengalami kecederaan dan menerima tiga jahitan pada bibir serta enam jahitan di telinga kiri selain bengkak badan.


Difahamkan, kesemua lapan individu yang terbabit dengan kes pukul seorang pemuda secara beramai-ramai itu mendapati bermotifkan ugutan dan mendapatkan wang.


Mangaa kes pukul sekumpulan lelaki menerima sembilan jahitan akibat dibelasah beramai-ramai. - Foto Kosmo Online.


EmoticonEmoticon