Pasukan bomba dan penyelamat di Indonesia berdepan detik menyeramkan apabila mereka menerima panggilan kecemasan untuk menangkap hantu, lapor portal berita Tribunnews pada 20 Januari 2025.
Kejadian berlaku di bandar Pekanbaru, wilayah Riau, baru-baru ini.
Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Pekanbaru, Hendro Putra Gautama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) daripada seorang wanita.
"Wanita itu meminta kami menangkap hantu di rumah sewanya kerana rimas sering diganggu.
"Kami memutuskan untuk membantu wanita berkenaan kerana salah seorang anggota kami mampu menghalau hantu," kata Hendro.
Tambah Hendro, proses 'penangkapan' itu mengambil masa yang sangat lama.
"Ia mengambil masa selama dua jam. Hantu itu kemudian dipindahkan pada sebatang pokok," tambahnya.
Selepas selesai hantu itu dipindahkan, Hendro mendedahkan anggota pasukan itu tidak membuat laporan seperti biasa.
"Kita tak buat laporan. Lagipun macam mana nak buat laporan kononnya orang yang dipindahkan itu tidak kelihatan," katanya sambil ketawa. - Sumber Tribun News.
EmoticonEmoticon