Seorang suami patah kaki akibat dilanggar oleh isterinya sendiri selepas wanita itu ditangkap sedang curang bersama lelaki lain, lapor laman berita Berita Nasional pada 17 Disember 2024.
Kejadian itu berlaku di Jakarta Timur dan didedahkan oleh Timbalan Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni.
"Seorang suami yang mempunyai dua anak kecil menangkap isterinya berpegangan tangan dengan lelaki lain.
"Dia menjadi mangsa langgar lari dan diseret oleh kenderaan isterinya di tepi jalan di Jakarta Timur.
"Bukan sekadar seorang, malah isterinya curang dengan dua lelaki," kata Ahmad Sahroni kepada wartawan pada Selasa (17/12/2024).
Bagaimanapun, tiada keterangan lanjut mengenai kronologi kejadian itu sehingga membuatkan si suami dilanggar oleh kereta dinaiki isterinya.
Sementara itu, Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Komisioner Nicolas Ary Lilipaly berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan kini sedang menyiasat.
"Kronologi lengkap tidak dapat didedahkan kerana penyiasat masih mengumpul maklumat," katanya. - Sumber Berita Nasional.
EmoticonEmoticon