Perbuatan seorang warga emas di India berpaut pada palang gerabak kereta api yang bergerak laju demi kandungan di laman sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV pada 13 Oktober 2024.
Walaupun aksi sebegitu lebih kerap dikaitkan dengan individu yang lebih muda, melihat seorang lelaki yang lebih tua terlibat dalam tingkah laku berisiko ini telah mengejutkan ramai orang.
Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @rahulsharmapandit, menunjukkan dia melakukan pelbagai aksi lagak ngeri sambil kedua-dua tangannya berpaut pada palang besi.
Semua aksi berbahaya itu dilakukan semasa kereta api bergerak laju di landasan. Rakaman itu mencatatkan lebih 5.6 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Adakah anda tidak takut mati wahai orang tua?" sindir seorang netizen.
"Atuk rindu zaman muda," sindir netizen lain.
Insiden itu mengingatkan kes tragis Farhat Azam Sheikh, seorang remaja Mumbai yang menjadi terkenal kerana aksi berbahayanya di dalam kereta api tempatan.
Sheikh yang terkenal dengan aksi luncurnya telah kehilangan kedua-dua lengan dan kaki pada 14 April lalu di stesen kereta api Masjid. - Sumber NDTV.
EmoticonEmoticon