Perbuatan seorang lelaki di Hong Kong yang selamba melakukan aktiviti senaman sambil telanjang di tempat awam mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita 8 Days pada 13 Oktober 2024.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu menanggalkan bajunya untuk memanaskan badan sebelum mula berjoging di kawasan kejiranan.
Selain menanggalkan baju, dia turut melipat seluar pendek yang dipakai sehingga menampakkan punggungnya.
Selepas selesai berjogging, dia dilihat menanggalkan seluarnya dan berehat di atas bangku sambil menunggu alat sulitnya 'kering' daripada peluh.
"Kenapa awak telanjang? Terdapat begitu ramai orang berjalan-jalan di taman", soal pengacara infotainment TVB Scoop, Paco Ngai yang merakam aksi lelaki itu.
Pasukan Scoop kemudian memberitahunya bahawa adalah haram untuk berbogel di khalayak ramai dan dia hanya mengatakan bahawa dia "faham".
Ketika Paco Ngai menemuinya untuk temu bual, lelaki itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia bangun, menutup mukanya dengan pakaiannya sebelum beredar. - Sumber 8 Days.
EmoticonEmoticon