Seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat menjadi tular selepas alat sulitnya tersangkut pada zip seluar dan terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota bomba, lapor portal berita Tribun Jateng pada 11 Oktober 2024.
Pegawai bomba tempatan dikenali sebagai Iskandar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan) pada 9 Oktober lalu ketika mangsa sedang bermain dengan telefon bimbitnya.
"Semasa menutup zip seluar yang terbuka, kemaluan mangsa tersangkut tanpa disedari," kata Iskandar.
Mangsa cuba mengeluarkan kemaluannya yang tersepit dengan bantuan bapa saudaranya namun tidak berjaya, sehingga akhirnya mereka menghubungi bomba.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @funnel.media memaparkan mangsa dibantu oleh beberapa anggota bomba.
Mereka turut menggunakan pelbagai peralatan dan lampu demi menyelamatkan kemaluan mangsa.
Rakaman itu meraih lebih 9,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi netizen.
"Sunat dua kali," komen seorang netizen.
"Dia nyaris kehilangan masa depan," komen netizen lain. - Sumber Tribun News.
EmoticonEmoticon