Seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter berjaya ditangkap ketika memasuki kawasan penempatan penduduk di wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detik Sulsel pada 24 September 2024.
Ular itu ditangkap oleh anggota-anggota bomba dan penduduk tempatan di Bacukiki Barat, Kota Parepare pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) semalam.
Ular sawa itu hampir menyerang penduduk apabila ditangkap. Alat pengapit ular yang digunakan anggota bomba beberapa kali tidak dapat menahan badan besar ular itu.
"Alat penangkap itu longgar sehingga petugas berlawan beberapa kali ketika mahu dipindahkan," kata Ketua Jabatan Bomba Parepare, Fransiskus.
Selepas berhempas pulas selama kira-kira 30 minit, ular sawa itu berjaya diamankan. Pegawai Bomba Parepare dibantu penduduk ketika mengangkat ular berkenaan.
Sebahagian penduduk yang melihat reptilia itu menjerit 'histeria' ketika anggota-anggota tersebut memegang ular tersebut yang panjang.
"Kita memindahkan ular sepanjang 7 meter," kata Fransiskus.
Ular itu kemudian dibawa ke Pejabat Jabatan Bomba Parepare sebelum dibawa ke hutan. Ular itu dilepaskan jauh dari kawasan perumahan.
Seramai sembilan anggota bomba yang mengangkat ular sawa tersebut dan tiada laporan tentang kecederaan ketika proses menangkapnya dilakukan. - Sumber Detiksulsel.
EmoticonEmoticon