Pesohor Instagram yang juga seorang model fesyen mengumumkan telah menamatkan perkahwinan dengan dirinya sendiri, lapor akhbar New York Post pada 12 September 2024.
Suellen Carey pernah menjadi tajuk berita tahun lalu apabila dia mengikat tali pertunangan dalam majlis pelik dengan dirinya sendiri di London, Britain.
"Malah, komitmen kepada diri sendiri juga memiliki cabarannya.
"Saya meletakkan banyak tekanan pada diri sendiri dan kadang-kadang, ini membuatkan saya letih. Saya faham bahawa walaupun dalam perkahwinan dengan diri kita sendiri, adalah penting untuk menerima ketidaksempurnaan kita," ujarnya.
Suellen yang berusia 36 tahun itu dilahirkan di Brazil tetapi kini menetap di London.
Katanya, selepas menjalani 10 sesi terapi, dia memutuskan sudah tiba masanya untuk bercerai, mengakui bahawa dia kadang-kadang berasa kesepian dalam hubungannya, menurut The Mirror.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang perceraiannya dan menulis kapsyen: "Saya perlukan suami baharu."
Suellen, yang mempunyai kira-kira 433,000 pengikut di Instagram, mengumumkan perkahwinannya pada 21 September 2023, menyiarkan foto dirinya dalam gaun pengantin putih, mengatakan ia adalah "salah satu hari paling gembira" dalam hidupnya.
"Hari ini saya menghargai dan menyayangi diri saya sendiri, saya berkahwin sendiri di sini di London.
"Sambutan ini penting kerana saya belajar untuk mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan mental. Dalam ikrar saya, saya menulis dan menyatakan komitmen saya untuk menjaga dan menghargai cinta diri saya," katanya. - Sumber New York Post.
EmoticonEmoticon