Seorang lelaki berumur 35 tahun bersenjatakan pisau mengamuk pada majlis perkahwinan bekas isterinya di Kalimantan, lapor portal berita Tribun Trends pada 26 September 2024.
Lelaki yang dikenali sebagai A itu turut menghunuskan senjata ke arah tetamu yang hadir semasa kenduri tersebut di Sungai Loban semalam.
Ketua polis tempatan, Kitty Tokan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5 petang (waktu tempatan).
Katanya, suspek melakukan perbuatan tersebut dengan tujuan untuk membatalkan majlis perkahwinan bekas isterinya dengan lelaki lain.
Pengantin wanita berlari masuk ke dalam rumah setelah dikejar oleh A yang menghunuskan pisau. wanita itu kemudian mengunci pintu biliknya.
Polis yang menerima aduan keluarga pengantin perempuan, berjaya menangkap A pada hari yang sama di rumah suspek. - Sumber Tribun Trends.
EmoticonEmoticon