Anak perempuan bekas Presiden Afrika Selatan menjadi isteri ke-16 kepada raja memerintah Eswatini, dahulunya dikenali sebagai Swaziland, lapor portal berita Business Insider Africa pada 4 September 2024.
Nomcebo Zuma, 21, yang merupakan anak kepada Jacob Zuma menjadi isteri Raja Mswati III, 56, dalam satu majlis tradisional, malam Isnin lalu.
Majlis tradisional itu diadakan di kampung diraja Ludzidzini di Lobamba, ketika lebih 5,000 orang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Isteri baharu itu dilihat menari tarian buluh, upacara tradisional kewanitaan di mana wanita muda berkumpul untuk menyanyi dan menari untuk raja dengan payu dara yang terdedah.
Dalam satu laporan oleh Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pada 2005, Mswati III mengambil Phindile Nkambule yang berusia 17 tahun sebagai tunangnya yang ke-13 dalam satu tarian buluh selepas dia dilaporkan menarik perhatiannya pada tarian bulan sebelumnya.
Sesetengah wanita yang menari untuk Raja dikenali sebagai liphovela yang bermaksud tunangan atau gundik diraja. Mereka memakai pakaian tradisional yang termasuk gelang kaki dan jumbai tebal berwarna-warni sambil membawa pedang dan perisai tiruan.
Tarian buluh selama beberapa hari, juga dikenali sebagai Umhlanga, disambut sebagai contoh budaya "anggun" Eswatini.
Negara berpenduduk 1.2 juta itu telah diperintah sejak 1986 oleh Raja Mswati III yang tidak asing lagi memilih wanita-wanita lebih muda untuk menjadi isterinya. - Sumber Business Insider Africa.
EmoticonEmoticon