Seorang ibu telah melahirkan 44 orang anak tetapi dia hamil cuma sebanyak 15 kali, lapor portal berita Daily Star pada 16 Ogos 2024.
Mariam Nabantanzi dikenali sebagai Mama Uganda kerana menghidap sindrom hiperovulasi yang menyebabkan dia sangat subur. Ibu itu memiliki lima set kembar lima, lima set kembar tiga dan selebihnya adalah kembar dua.
Pesohor YouTube, Drew Binsky, yang melawat setiap negara di dunia telah datang ke Uganda untuk menyelidiki sejarah keluarga wanita itu. Lelaki itu terkejut apabila mendapati Mariam mengasuh anak-anaknya secara bersendirian.
"Sungguh menakjubkan apabila anda melihat dia berjalan dengan semua anak-anaknya. Terdapat begitu ramai (anak-anaknya)," ujarnya.
Salah seorang penterjemah yang mengiringi Drew berkata: "Mariam melahirkan ramai anak. Lebih daripada 42 orang. Dia menjaga anak-anaknya dan memberi makanan, kesihatan serta perubatan. Dia seorang wira."
Suami wanita itu meninggalkannya kerana dia melahirkan terlalu ramai anak. Anak-anaknya adalah zuriat lelaki itu.
"Sebab utama lelaki itu meninggalkannya adalah kerana dia melahirkan ramai anak. Dia mempunyai seorang lagi isteri dan dia hanya melahirkan seorang," kata penterjemah tersebut.
Pada tahun 2019, pada usia tua mencecah 40 tahun, Mama Uganda akhirnya mendapatkan bantuan perubatan supaya dia tidak lagi dapat melahirkan anak. - Sumber Daily Star.
EmoticonEmoticon