Seorang lelaki Thailand yang dituduh mencuri seluar dalam wanita dari sebuah kampung di wilayah Nonthaburi, Bangkok merayu agar dakwaan terhadap dirinya ditarik balik.
Hal ini kerana, suspek bernama Sanit Cherdchoo itu bimbang jika isterinya berasa kecewa dan menganggap dia menyukai seluar dalam orang lain berbanding seluar dalam milik pasangannya.
Menerusi laporan yang dibuat oleh mangsa, Sanit Cherdchoo dikatakan mencuri 12 seluar dalamnya yang digantung di luar rumah.
Sanit Cherdchoo kemudiannya ditahan selepas rakaman CCTV yang memperlihatkan dirinya mencuri seluar dalam diteliti oleh pihak berkuasa.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 7 Ogos lalu dan mengakui bersalah. Sanit Cherdchoo memberitahu, dia berbuat demikian kerana berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Dia turut mengaku menggemari gaya seluar dalam seksi yang diperbuat daripada renda dan bergaris nipis di bahagian tepi. Isterinya tidak mempunyai seluar dalam seperti itu, jadi dia terpaksa mencuri.
Sungguhpun Sanit Cherdchoo merayu supaya dakwaan digugurkan, namun, mangsa berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Selain didakwa kerana mencuri harta milik orang lain, Sanit Cherdchoo turut menghadapi pertuduhan penggunaan dadah. - Sumber The Thaiger.
EmoticonEmoticon