Seorang mekanik maut selepas disedut ke dalam enjin sebuah pesawat di Lapangan Terbang Chabahar Konarak, Iran, lapor laman berita Daily Star pada 9 Julai 2024.
Kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengambil peralatan yang tertinggal selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan.
Mangsa dikenal pasti sebagai Abolfazl Amiri. Dia menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin pada pesawat Boeing 737-500 milik syarikat penerbangan dari Iran, Varesh Airline.
Enjin kanan pesawat dilaporkan dihidupkan semula dengan penutupnya terbuka untuk menjalani ujian.
Ketika itu, Abolfazl bergegas kembali ke pesawat dan melalui kawasan keselamatan untuk mengambil peralatan yang ditinggalkan secara tidak sengaja, lapor akhbar Bild.
Semasa dia kembali ke situ, Abolfazl tidak dapat menahan daya tarikan enjin pesawat tersebut, menyebabkan dia disedut ke dalamnya sebelum ia meletup.
Pasukan bomba lapangan terbang kemudian bertindak balas ke lokasi kejadian dan menemui mayat Abolfazl.
Satu siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa penerbangan Iran bagi menyiasat kejadian itu. - Sumber Daily Mail.
EmoticonEmoticon