Suara misteri wanita ketawa dari atas bumbung sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
Rupa-rupanya, suara yang muncul pada waktu malam itu bukanlah hantu sebaliknya milik manusia.
Menurut laporan Tribun News, sumber suara itu juga berjaya dikenal pasti dari bumbung sebuah masjid Desa Cikampek Timur, Kecamatan Cikampek, Kabupaten Karawang di Indonesia.
Gambar yang diambil penduduk menunjukkan wanita dipercayai mengalami gangguan jiwa atau ODGJ itu sedang berbaring di lokasi tersebut pada Khamis.
Dia kemudiannya dibawa turun oleh beberapa Petugas Sosial Masyarakat (PSM) malah insiden itu menarik perhatian komuniti setempat.
Ketua Dusun Cijalu, Aah Supriadi berkata, mereka turut membantu usaha membawa turun wanita ODGJ tersebut dan memastikan dia mendapatkan rawatan yang diperlukan.
"Penduduk sekitar pada mulanya menyangka ODGJ itu ialah hantu kerana sering mendengar suara ketawa menyeramkan pada tengah malam," katanya.
Pegawai Sosial Masyarakat (PSM) Kampung Cikampek Timur Endah Oktaeni, turut mengesahkan kejadian itu terjadi pada Khamis (27/6/2024).
Endah berkata, wanita itu kemudiannya dimandikan dan diperiksa di Pusat Kesihatan Masyarakat dengan bantuan Unit Polis Perkhidmatan Awam (Pol PP) Daerah Cikampek.
"Keadaannya kini sudah dibersihkan, dan akan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat dengan bantuan Pol PP mukim," katanya. - Sumber Tribun News.
EmoticonEmoticon