Pencipta kandungan, Krish Ashok mendedahkan burger nyamuk antara makanan istimewa di Afrika.
India Times melaporkan, dalam rakaman video itu, Ashok mendedahkan tular baru-baru ini sebahagian individu di Afrika memakan burger nyamuk.
Katanya, setiap hidangan itu diperbuat sehingga 600,000 nyamuk yang diambil di sekitar tebing Tasik Victoria ketika musim hujan.
"Untuk kamu yang tak suka dengan idea memakan serangga, ia perkara biasa menganggap nyamuk tidak baik untuk kesihatan. Tapi, saya bimbang awak silap sama sekali!
"Ramai pakar menunjukkan faedah memakan serangga dengan pelbagai budaya di seluruh dunia mengamalkannya selama berabad-abad," katanya.
Video itu meminta penonton untuk memikirkan semula keengganan untuk memakan serangga memandangkan perubahan iklim dunia yang berlaku ketika ini, nyamuk mungkin boleh menyelesaikan masalah makanan planet ini.
Idea memakan serangga tidak baru kerana ada lokasi tumpuan pelancong yang popular menghidangkan nyamuk di atas sebatang kayu sebagai sajian, ia mungkin kelihatan bertentangan dengan fitrah dan menjijikkan. - Sumber India Times.
EmoticonEmoticon