Seorang guru sekolah rendah mengaku menyembelih teman lelakinya yang curang dan menanamnya di taman berhampiran, pengakuan ditulis dalam catatan diarinya.
Menurut akhbar Daily Mail pada 26 April 2024 melaporkan, Fiona Beal, 50, mengikat Nicholas Billingham, 42, ke katil dengan tali kabel kemudian menikam lehernya.
Selepas membunuh pasangannya di rumah mereka di Northampton pada 1 November 2021, guru wanita itu menghantar mesej kepada rakan-rakan mendakwa mereka berdua positif Covid dan terpaksa mengasingkan diri.
Mayat Billingham ditemukan pada Mac 2022, empat bulan selepas dia kali terakhir dilihat masih hidup.
Selepas digali, mayat itu ditemui dibalut dengan kain di dalam kubur sementara, yang diisi dengan beg kompos dan sepuluh beg 22.5kg Batu Cotswold yang dibeli oleh Beal daripada kedai B&Q.
Perbicaraan pertama mendengar bahawa Beal menggunakan telefonnya untuk menghantar mesej kepada kawan-kawan dan rakan sekerjanya selepas pembunuhan itu.
Beal yang juga guru tahun enam sudah menukar pengakuannya kepada bersalah ketika perbicaraan semula di Old Bailey.
Mahkamah diberitahu Beal juga mendakwa dia 'dikawal dan dimanipulasi' oleh Billingham sambil menjelaskan "mengapa dia membunuhnya seperti yang dia lakukan."
Bercakap selepas perbicaraan, Pegawai Penyiasat Kanan Ketua Detektif Inspektor Adam Pendlebury berkata, pihaknya lega Beal kini mengambil keputusan untuk mengakui dia memang membunuh Billingham.
"Berharap ia membawa penyelesaian teka-teki pembunuh sebenar yang bermain di fikiran keluarga si mati selama lebih daripada dua tahun.
"Berita ini akan menjadi sangat melegakan kerana mereka menunggu hukuman dilaksanakan terhadap pembunuh dijangka bulan depan," katanya.
Hakim Mark Lucraft memberitahunya: "Anda pagi ini telah mengaku bersalah atas pembunuhan, seperti yang anda diberitahu, membawa hukuman penjara seumur hidup."
Semasa juri meninggalkan bilik mahkamah, Beal yang sebak mengesat matanya dengan tisu.
Pada Mac 2022, empat bulan selepas dakwaan pembunuhan, polis telah dipanggil ke kabin percutian yang disewa Beal di Cumbria di tengah-tengah kebimbangan terhadap kebajikannya.
Pegawai menemui diari yang mana Beal menggariskan rancangannya di bawah alter egonya 'Tulip 22', yang menunjukkan sisi yang sama sekali berbeza dengan personalitinya. - Sumber Daily Mail.
EmoticonEmoticon