Para penumpang terkejut apabila menemui seekor kala jengking berkeliaran di Lapangan Terbang Heathrow, London, lapor akhbar Daily Express pada 26 Mac 2024.
Haiwan artropod itu dipercayai masuk ke dalam beg milik penumpang sebelum ia tiba di lapangan terbang tersebut.
Setakat ini masih tidak diketahui kala jengking yang berwarna hitam dan bergerak di sekitar kaki penumpang itu datang dari negara mana.
Namun, haiwan itu sering ditemui di Afrika Selatan, Asia Timur, Eropah Selatan dan Australia.
Spesies itu tidak berasal dari Britain kerana negara itu hanya mempunyai kala jengking yang mempunyai ekor berwarna kuning.
Haiwan itu tidak boleh membawa maut namun ia mempunyai sengatan yang kuat seperti tebuan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap Lapangan Terbang Heathrow berkata: "Kala jengking ini selamat ditangkap dan dibawa keluar dari terminal (lapangan terbang) oleh kakitangan terlatih khas.
"Ia akan dinilai dan dikenal pasti, sebelum dibawa ke rumah baharu yang sesuai."
Apabila haiwan ditemui berkeliaran di terminal lapangan terbang Heathrow, mereka mempunyai Pusat Penerimaan Haiwan Heathrow sendiri yang mana pasukan dipanggil untuk menyelamatkan makhluk itu. - Sumber Daily Express.
EmoticonEmoticon