Seorang wanita di Bareilly, negeri Uttar Pradesh, India dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas ditangkap sedang bermadu kasih dengan teman lelakinya di atas timbunan jerami, lapor akhbar Deccan Herald pada 19 November 2023.
Mayat mangsa yang hangus dikenali sebagai Anjali, 35, ditemui lewat kelmarin di sebuah kawasan padang berhampiran kampung Gotiya.
Polis kemudian menahan suami mangsa, Nepal Singh atas dakwaan membunuh selepas keluarga mangsa membuat laporan.
Semasa disoal siasat, Nepal mengaku membunuh isterinya kerana wanita itu menjalin hubungan luar nikah bersama lelaki lain.
Menurut polis, ketika kejadian pada malam Sabtu, suspek melihat mangsa sedang berbaring di atas timbunan jerami bersama teman lelakinya.
Dia kemudian membakar jerami tersebut lalu melarikan diri.
Mayat mangsa dihantar untuk menjalani bedah siasat, manakala nasib teman lelakinya tidak dinyatakan. - Sumber Deccan Herald.
EmoticonEmoticon