Seekor kambing biri-biri yang hidup bersendirian akhirnya diselamatkan dan dibawa ke sebuah ladang di Scotland selepas terkandas di atas batu selama dua tahun, lapor akhbar The Sun pada 5 November 2023.
Pemeriksa kebajikan pada awalnya mendapati kambing biri-biri itu terkandas di kawasan pantai, timur laut Scotland dua tahun lalu selepas ia tidak dapat diselamatkan menggunakan perahu atau bot. Ia berikutan keadaan berbatu yang berbahaya berhampiran Balintore.
Pelbagai gesaan disuarakan orang ramai untuk menyelamatkan haiwan itu dengan satu petisyen di laman web Change.org berjaya mengumpul lebih 55,000 tandatangan.
Sepasukan sukarelawan kemudian bekerjasama menyelamatkan kambing biri-biri betina itu dengan saiznya yang besar sehingga ia sukar untuk berdiri.
Sukarelawan yang menggelar diri mereka sebagai The Sheep Game itu pada hari Sabtu berkata: "Kambing biri-biri paling sunyi di Britain tidak lagi sunyi. Kami telah menamakannya Fiona dan ia kini selamat dan sihat serta sedang menuju ke ladang di Scotland."
Mereka menggunakan beberapa peralatan berat untuk mengangkut Fiona, manakala Pasukan Scotland untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA) membantu memeriksa haiwan itu. - Sumber The Sun.
EmoticonEmoticon