Seorang lelaki Russia cuba mengerat alat sulitnya sendiri selepas kecewa ditinggalkan teman wanita, lapor akhbar Daily Star pada 26 September 2023.
Lelaki yang dikenali sebagai Ruslan, 37, itu cuba melakukan perbuatan tersebut pada 4 September lalu sejurus selepas kekasihnya, Natalia, 36, meminta untuk menamatkan hubungan mereka ketika bertengkar di sebuah unit apartmen di Daerah Biryulyovo Zapadnoye, di Moscow.
Ruslan yang kecewa kemudian berkata jika Natalia meninggalkannya, dia "tidak memerlukan alat sulitnya lagi" sebelum mengeluarkan sebilah pisau dapur untuk mengerat organ itu.
Lelaki itu kemudian mula mengerat di pangkal alat sulitnya. Natalia yang ketakutan melarikan diri dari unit apartmen tersebut sambil diekori oleh Ruslan menuruni tangga dalam keadaan terdedah dan berlumuran darah.
Seorang jiran yang melihat darah menitis dari kemaluan lelaki itu telah menghubungi ambulans. Ruslan kemudian dibawa ke hospital.
Menurut laporan, alat sulit lelaki itu telah dijahit tetapi tidak dijelaskan sama ada doktor dapat mencegah kerosakan kekal pada anggota berkenaan. - Sumber Daily Star.
EmoticonEmoticon