Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi pada 14 Jun 2023.
Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.
Dia kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.
Balai Polis Niigata pada 13 Jun lalu mendedahkan penemuan tersebut bagi mencari pemilik wang berkenaan.
Jika pemiliknya gagal tampil dalam masa tiga bulan, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut. - Sumber Mainichi.
EmoticonEmoticon