Seorang lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia selepas mengambil separuh pil Viagra ketika menginap di sebuah hotel di wilayah Suphan Buri, Thailand, lapor laman berita Thaiger pada 18 Mei 2023.
Seorang wanita yang berada di dalam bilik hotel bersama lelaki tersebut telah melarikan diri selepas mangsa tidak bernyawa.
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di atas katil oleh seorang kakitangan hotel pada petang Rabu (17/05/2023) sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tung Kork.
Polis menemui sekotak kondom dan setengah pil Viagra yang belum ditelan di sisi mayat lelaki itu. Motosikal mangsa, Honda Wave berwarna merah, dan barangan lain masih berada di lokasi kejadian.
Salah seorang pekerja hotel berkata, lelaki itu menyewa bilik bersama seorang wanita pada pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam selama sejam.
Pada pukul 5 petang (waktu tempatan), mayat lelaki itu ditemui ketika pekerja mengunjungi bilik tersebut untuk memberitahu bahawa masa sewaan mereka sudah tamat.
Polis menyimpulkan bahawa mangsa mengatur pertemuan dengan pekerja seks tersebut dan menelan pil Viagra sebelum berintiman.
Wanita itu didakwa melarikan diri kerana takut dituduh atas kesalahan membunuh. Mayat lelaki itu telah dihantar untuk bedah siasat dan polis akan memanggil wanita itu untuk soal siasat.
Viagra ialah jenama terkenal untuk sildenafil. Ubat ini digunakan secara meluas di kalangan lelaki yang mengalami disfungsi erektil, atau ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk aktiviti seksual.
Ia berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka, lebih kuat dan tahan lama. - Sumber The Thaiger.
EmoticonEmoticon