Satu pertandingan pelik bagi mencari cacing tanah diadakan pada hujung minggu lalu di Falmouth, Britain, lapor portal berita Daily Star pada 22 Mei 2023.
Kejohanan Mencari Cacing Falmouth itu turut mencatat rekod baharu apabila para peserta berjaya menangkap 260 ekor cacing.
Peserta-peserta menggunakan alat muzik, peralatan taman, tarian dan peralatan lain untuk 'memujuk' cacing keluar ke permukaan tanah.
Usaha pada tahun ini dengan mudah mengatasi bilangan cacing yang berjaya dibawa keluar berbanding tahun lalu.
Pada 2022, hanya seekor makhluk tidak bertulang tersebut berjaya ditemui, lapor akhbar CornwallLive.
Pertandingan aneh itu diwujudkann oleh seorang artis seni, Georgia Gendall pada 2021 sebagai Kejohanan Mencari Cacing Penryn di England tetapi berpindah ke Falmouth pada tahun berikutnya.
Sebuah pasukan berjaya mencari 20 ekor cacing dalam masa 30 minit sekali gus mencipta rekod baharu untuk kejohanan itu di Falmouth.
Walaupun jumlah yang mengagumkan itu diperoleh, ia masih gagal untuk mengalahkan rekod dunia semasa yang dibuat oleh Sophie Smith, 20, dari Willaston, Cheshire yang mendapat 567 ekor cacing tanah ketika kejohanan dunia diadakan di Britain pada 2009. - Sumber Daily Star.
EmoticonEmoticon