Seorang wanita di Bulgaria yang memiliki bibir paling besar di dunia menceritakan kesukarannya untuk mencari pasangan hidup, lapor akhbar Daily Star pada 5 April 2023.
Andrea Emilova Ivanova, 25, membelanjakan hampir £20,000 (RM109,605) untuk menjalani 43 prosedur mengubah bentuk badan. Dia telah mendapatkan empat suntikan asid hyaluronik pada tulang pipinya baru-baru ini.
Ivanova melakukan beberapa prosedur rutin dalam sebulan untuk mengekalkan gelaran memiliki bibir terbesar di dunia. Dia meneruskan prosedur itu kerana masih tidak berpuas hati dengan saiz bibirnya.
Dalam mencari pasangan hidup, pesohor media sosial itu sanggup menyertai rancangan realiti televisyen seperti The Bachelor.
"Saya seorang gadis dengan penampilan yang berbeza dan mewah dan ini pelik bagi ramai lelaki.
"Memang ramai lelaki yang sangat menyukai saya, tetapi ada juga sebaliknya. Mereka fikir saya pelik dan gila," katanya.
Walaupun Ivanova sanggup mengambil risiko dengan menyertai rancangan untuk mencari lelaki idamannya, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi.
"Saya meneruskan pembesaran tulang pipi kerana saya mahu mencapai 'kesan wow' dan saya mahu ia menjadi sebesar bibir saya. Saya juga meneruskan pembesaran bibir kerana saya mahu memiliki bibir yang lebih besar.
"Bibir saya sekarang kelihatan sangat kecil dan saya mahu mempunyai bibir yang jauh lebih besar daripada apa yang saya miliki sekarang," jelas Ivanova. - Sumber Daily Star.
BACA: Tidak kisah gadai nyawa demi memiliki bibir paling tebal di dunia.
EmoticonEmoticon