Seorang wanita berkata bahawa dia telah membelanjakan sebanyak £40,000 (RM214,924) untuk menjadikan bibirnya kelihatan besar dan beberapa prosedur lain, lapor akhbar Mirror UK pada 16 Disember 2022.
Fetisch Barbie dari Vienna, Austria turut mencantikkan hidung, pipi, dagu, nasolabial dan melakukan suntikan botox pada mukanya.
Dia juga mempunyai ramai peminat dalam kalangan lelaki yang memuji dan membelinya pelbagai jenis hadiah.
Barbie berkata, lelaki-lelaki itu menghubunginya secara online dan wanita tersebut masih berhubung dengan mereka kerana dirinya adalah 'tangan' peneraju transformasi mereka.
Wanita tersebut menyifatkan dirinya memiliki kecantikan semula jadi dan berminat dengan versi kewanitaan kosmetik sejak berusia 13 tahun lagi.
Sejak berumur 18 tahun, bibirnya telah disuntik sekitar 50 hingga 60 kali dan melakukan pembesaran terhadap payu daranya supaya dia mempunyai tubuh yang kelihatan 'terlalu' kewanitaaan.
Barbie juga mendakwa bahawa sesetengah orang telah menjadi sangat taksub dengannya sehingga mereka memutuskan untuk beralih menjadi wanita dan meniru penampilannya.
Dia juga mendedahkan terpaksa membiasakan diri dengan orang menilai penampilannya, tetapi kini ia hanya menghalang sesiapa sahaja yang menghantar kebencian kepadanya di media sosial.
"Bibir besar saya mungkin merupakan pengubahsuaian saya yang paling polarisasi, orang ramai suka atau benci dan saya taksub dengannya," katanya.
Selepas sedekad pengubahsuaian badan dia berkata ia belum selesai. Dia juga menjelaskan bahawa keluarganya 'bukan peminat tegar penampilannya' tetapi mereka menghormatinya. - Sumber Mirror UK.
EmoticonEmoticon