Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai 'pengembara masa dari tahun 2671' memberi amaran kepada orang ramai mengenai beberapa 'peristiwa besar' yang bakal berlaku di Bumi menerusi beberapa hantaran klip video di media sosial.
Menerusi lapor akhbar The Sun pada 8 Oktober 2022, individu itu telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa meteor besar akan terhempas ke Bumi yang membawa makhluk asing antara November 2022 hingga Mei 2023.
Pengguna TikTok, Eno Alric, yang lebih dikenali dengan julukan 'theradianttimetraveler' antaranya mendakwa manusia akan menemui planet baharu, dan Bumi dilanda ombak besar.
"Perhatian! Ya, saya pengembara masa sebenar dari tahun 2671, ingat tarikh-tarikh ini. 30 November 2022, Teleskop James Webb menemui planet yang amat menyerupai Bumi.
"8 Disember 2022, meteor besar terhempas di Bumi yang mengandungi jenis logam dan membawa makhluk asing," kata Alric.
Tambahnya, pada 6 Februari 2023, sekumpulan empat remaja akan menemui tinggalan purba dan peranti yang membuka lubang laluan ke galaksi lain.
"23 Mac 2023, sekumpulan saintis yang meneroka Jurang Mariana menemui spesies purba," demikian menurut dakwaannya.
Rata-rata netizen bagaimanapun menunjukkan reaksi tidak percaya mengenai dakwaan tersebut. Salah seorang netizen turut mengatakan bahawa pengembara masa tidak wujud. - Sumber The Sun.
EmoticonEmoticon