Seorang lelaki di negeri Idaho, Amerika Syarikat memecahkan Guinness World Records dengan menyalakan 150 batang lilin di dalam mulutnya selama 30 saat, lapor agensi berita United Press International (UPI) pada 17 Oktober 2022.
Lelaki berkenaan, David Rush telah memecahkan hampir 250 rekod dunia bagi mempromosikan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Menurutnya, dia sebelum ini cuba mencipta rekod tersebut pada Disember tahun lalu, namun gagal kerana beberapa lilin terkeluar daripada mulutnya.
"Berat kesemua lilin ini amat menekan diri saya. Saya juga mengeluarkan air liur selama lebih 10 minit yang membuatkan lilin-lilin tersebut menjadi licin di dalam mulut.
"Hanya selepas 5 saat, saya sudah boleh merasa lilin-lilin tersebut mula tergelincir, jadi saya terpaksa mencengkam dan menggigit dengan lebih kuat bagi mengelakkannya daripada terjatuh," kata Rush.
Tambah lelaki tersebut, dia turut memakai alat perlindungan mata ketika melakukan cubaan rekod itu, namun tetap bergelut dengan asap yang terhasil serta keadaan lilin yang menjadi licin.
Menerusi percubaan tersebut, Rush berjaya memecah rekod yang dipegang seorang lelaki dari negeri Carolina Utara, Garrett James, yang menyalakan 105 batang lilin di dalam mulutnya pada tahun lalu. - Sumber UPI.
EmoticonEmoticon