Gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter melanda gunung berapi aktif terbesar dunia yang berlaku baru-baru ini dikhuatiri boleh mencetus 'kiamat kecil' sekiranya meletus, sekali gus menyebabkan kemusnahan mega. Gunung berapi itu dikesan dalam 'keadaan pergolakan yang semakin meningkat'.
Menerusi portal berita Metro UK pada 15 Oktober 2022 melaporkan, gunung berapi Mauna Loa yang meliputi separuh Hawaii, mengalami satu siri gegaran, dengan gempa bumi berukuran 4.6 magnitud direkodkan hanya beberapa saat sebelum gempa yang lebih besar berlaku.
Gegaran susulan yang masih dirasai itu diramal berterusan selama beberapa minggu lagi dan para saintis kini memantau dengan teliti sebarang peningkatan aktiviti di sekitar kawasan gunung berapi tersebut.
Menurut Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii, gegaran akibat gempa bumi yang lebih besar dibimbangi sudah cukup kuat untuk mendatangkan kerosakan terutamanya kepada bangunan lama.
"Kedua-dua gempa bumi yang berlaku dalam tempoh 24 saat itu mewujudkan gegaran susulan dalam tempoh yang lebih lama dan berkemungkinan dengan kekuatan yang lebih besar," jelasnya.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), jumlah gempa meningkat kepada 40 hingga 50 kali sehari sejak dua minggu lalu berbanding hanya lima hingga 10 aktiviti sehari yang direkodkan dari Jun lalu.
Jumlah tertinggi lebih 100 gempa bumi sehari dicatatkan pada 23 dan 29 September lalu. Peningkatan aktiviti seismik menyebabkan Taman Negara Gunung Berapi Hawaii menutup sementara kawasan pedalaman puncak Mauna Loa. - Sumber Metro UK.
EmoticonEmoticon