Sebuah perkampungan 'hantu' dari era Empayar Rom ditemui semula selepas hampir 2,000 tahun hilang di bawah air, lapor akhbar The Sun pada 30 Ogos 2022.
Pekan purba itu tenggelam di bawah takungan air dekat Sungai Lima di barat laut Sepanyol. Berdasarkan rakaman dron pada minggu lalu, kampung yang hilang itu tidak disentuh selama berabad-abad.
Sekitar tahun 75 Masihi, runtuhan itu dipercayai merupakan lokasi kem tentera Rom yang dinamakan Aquis Querquennis.
Menurut pakar-pakar sejarah, kem purba itu dibina di Galicia, sekitar 531 kilometer dari Madrid pada kemuncak Empayar Rom hampir 2,000 tahun lalu.
Menurut majalah Atlas Obscura, kem itu menempatkan sehingga 600 tentera Rom.
Kem tentera itu dikatakan ditinggalkan oleh tentera beberapa dekad selepas ia dibina, sebelum kemudian dibanjiri air sungai.
Kem itu turut memiliki kuil, bilik mandi air panas, berek tentera dan hospital. Kemarau teruk di seluruh Sepanyol mendedahkan runtuhan itu.
Penemuan itu telah menyebabkan beberapa orang mempersoalkan apakah tapak purba lain di kawasan itu akan ditemui tidak lama lagi. - Sumber The Sun.
EmoticonEmoticon