Seorang jurugambar dan nelayan laut dalam di Rusia, mendapat perhatian netizen selepas memuat naik hasil tangkapan terbarunya berupa seekor ketam yang memiliki gigi seperti manusia, lapor laman berita Wionews pada 13 Julai 2022.
Roman Fedortsov menyiarkan imej beberapa penemuan laut dalam yang paling luar biasa di laman Instagramnya.
Gambar paling mendapat perhatian adalah seekor ketam yang memiliki set gigi sempurna seperti manusia dewasa.
"Foto tersebut menerima tanda like dan komen paling banyak pada minggu lalu.
"Ada yang meluahkan rasa kagum dengan keunikan haiwan akuatik ini dan ada juga berasakan rupa fizikal binatang ini melucukan," kata Fedortsov.
Lelaki itu terkenal sebagai pesohor media sosial dan kini mempunyai lebih 652,000 pengikut di laman Instagramnya. Dia sering berkongsi foto hidupan laut pelik di platform tersebut.
Antaranya, ikan yang menyerupai labah-labah, ikan yang menyerupai cacing tanah, dan makhluk yang menyerupai gumpalan.
BACA: Koleksi Ikan Pelik Dengan Wajah Mengerikan Seakan 'Makhluk Asing' Ditangkap Di Laut Barents.
EmoticonEmoticon