Kapal angkasa Mars Express milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) telah merakamkan imej lurah dalam bercerun tinggi dan curam yang dikenali sebagai Ngarai Valles Marineris di planet Marikh baru-baru ini.
Valles Marineris merentasi Marikh sama seperti cara Grand Canyon merentasi Amerika Syarikat. Lurah itu sepanjang 4,000 kilometer dan lebar 200 kilometer serta sedalam sehingga 7 kilometer. Ia hampir sepuluh kali lebih panjang, 20 kali lebih lebar, dan lima kali lebih dalam daripada Grand Canyon.
Terdapat satu lagi perbezaan ketara antara kedua-duanya, Grand Canyon tercipta akibat batu yang dihancurkan oleh Sungai Colorado, Valles Marineris pula dianggap telah terbentuk melalui pemisahan plat tektonik.
Gambar itu menggunakan data daripada Kamera Stereo Resolusi Tinggi (HRSC) di atas kapal angkasa tersebut, dan ia adalah imej dengan warna yang sebenar. Mars Express sebelum ini telah menemui mineral sulfat yang mengandungi air di Marikh.
"Mars Express telah menemui mineral sulfat yang mengandungi air di rantau ini. Ini menunjukkan bahawa benjolan ini mungkin terbentuk apabila cecair yang pernah mengisi chasma tersejat, walaupun teori ini masih hangat diperkatakan," menurut ESA.
Kapal angkasa itu telah mengorbit planet tersebut sejak tahun 2003 untuk menjalankan pelbagai eksperimen saintifik termasuk pengimejan permukaan Marikh, memetakan mineralnya, mengenal pasti komposisi dan peredaran atmosferanya dan melalukan penyelidikan di bawah keraknya. - Sumber Scitech Daily.
EmoticonEmoticon