Sebuah kereta mewah milik bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, 37, dilaporkan mengalami kerosakan selepas merempuh dinding sebuah kediaman di Pulau Majorca, Sepanyol, lapor akhbar Daily Star pada 20 Jun 2022.
Ketika kejadian, supercar model Bugatti Veyron berharga £1.7 juta (RM9.1 juta) itu dipandu seorang pekerjanya. Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan supercar tersebut telah mengalami kerosakan yang agak teruk.
Bagaimanapun, pekerja yang memandu kereta itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dipercayai terdapat lebih daripada seorang berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Menurut laporan, Ronaldo dan keluarganya berada di pulau peranginan tersebut bagi menikmati percutian, dan dua buah kereta miliknya turut dibawa ke situ, dengan menggunakan jet peribadi yang bernilai £20 juta (RM91.8 juta).
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu tiba di Majorca bersama lima anaknya dan teman wanitanya Georgina Rodriguez pada hari Selasa, 14 Jun lalu. Tetapi polis dipercayai sedang menyiasat insiden yang berlaku pada pagi Isnin.
Ronaldo dan keluarganya tinggal di rumah agam dengan sewa £10,000 (RM45,889) setiap satu hari di sana - sebuah hartanah berdasarkan cadangan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Sergio Ramos. - Sumber Daily Star.
EmoticonEmoticon