Gambar hiasan.
Seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila membawa ular yang menggigit isterinya ke hospital bersama-sama mereka dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor laman berita India Times pada 24 Jun 2022.
Kejadian berlaku di di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular menggigit kaki isteri seorang penduduk kampung bernama Ramendra Yadav.
Jika kebiasaannya ular akan dipukul sehingga mati atau dihalau keluar, Ramendra bertindak menangkap ular tersebut dan memasukkannya ke dalam botol.
Dia kemudian membawa isteri dan ular ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Doktor bertanya tujuan Ramendra membawa ular tersebut bersamanya ke hospital.
"Ini sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isteri saya. Saya boleh terus tunjukkan kepada mereka," katanya.
Ramendra turut memberitahu pemberita bahawa dia akan melepaskan ular itu di kawasan hutan selepas isterinya keluar dari hospital.
"Saya akan lepaskan ular ini kembali ke hutan selepas isteri saya dibenarkan keluar hospital," kata Ramendra.
Lelaki itu juga berkata dia telah membuat lubang pada botol plastik itu bagi membolehkan ular itu bernafas. - Sumber India Times.
EmoticonEmoticon