Dalam usaha untuk menyatukan manusia bersama, seorang warga emas di India dilapor tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama 45 tahun, lapor akhbar Daily Star pada 6 Disember 2021.
Sadhu Amar Bharati mengangkat tangan kanannya dan menggenggam jari sejak 1976 dan tidak merancang untuk menurunkannya demi kepercayaan yang dipegang.
Kisahnya kembali diperkata selepas gambar menunjukkan keadaan tangan dengan kuku jari panjang yang masih kekal pada posisi sama.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak sebelum ini pernah bekerja di bank, tetapi pada tahun 1973 dia memutuskan untuk meninggalkan kehidupan itu demi keamanan dunia.
Bharati mula dedikasikan kehidupannya kepada dewa Shiva dan memutuskan untuk mengangkat tangan serta mengekalkan kedudukan itu sebagai tanda ketaatan.
"Saya tidak minta lebih. Kenapa kita perlu bergaduh sesama sendiri, mengapa ada begitu banyak kebencian dan permusuhan antara kita? Saya mahu semua rakyat India hidup aman," katanya sebelum ini kepada History of Yesterday.
Dia menghabiskan dua tahun pertama dalam kesakitan, tetapi keperitannya beransur kurang selepas itu sehinggalah kini dia sudah tidak merasakan apa-apa. - Sumber Daily Star.
EmoticonEmoticon