Seorang peminat fanatik Lionel Messi dan juga model majalah Playboy, Luana Sandien sanggup membida 438,000 pound (RM2.5 juta) bagi mendapatkan tisu yang mengandungi 'DNA' bintang Argentina tersebut, lapor The Sun 24 Ogos 2021.
Sandien berkata, dia terus membida dengan nilai tersebut bagi mendapatkan tisu yang digunakan bagi mengesat air mata dan hingus Messi ketika majlis perpisahan bintang Barcelona itu selepas terlihat iklan di Internet.
"Saya terus membida dengan nilai 438,000 pound untuk mendapatkan tisu tersebut. Selepas itu, iklan tersebut hilang. Saya menawarkan lebih separuh daripada amaun yang dipaparkan dalam iklan terbabit dan saya percaya saya mampu memenanginya.
"Bagaimanapun iklan itu hilang selepas saya membidanya, lenyap entah ke mana. Iklan itu lesap tanpa memaklumkan langkah berikutnya. Jadi saya tidak tahu sama ada terdapat orang lain yang berjaya memenangi bidaan itu.
"Ataupun pengiklan sudah menyerah kalah dengan idea tersebut. Saya harap saya memperolehnya," ujar Sandien menjelaskan bahawa dia berusaha mendapatkan tisu Messi itu.
Belum pasti sama ada model dari Brazil yang mempunyai 45,000 pengikut di Instagram itu berupaya memenangi bidaan tersebut, namun jika berjaya, Sandien merancang untuk bergambar dengan tisu tersebut dalam keadaan tidak senonoh.
Seperti diketahui, Lionel Messi mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona pada 8 Ogos 2021 lalu. Pada sidang media perpisahan, Messi tidak dapat menahan tangisan.
Isteri Lione Messi, Antonela Roccuzzo kemudian menunjukkan sikap prihatin terhadap suaminya yang menitiskan air mata. Antonela juga mengambil tisu yang diberikan kepada Messi untuk mengesat air matanya.
Menariknya, ada orang yang mengambil tisu yang digunakan Messi mengesat air mata dan hingus itu. Tisu tersebut kemudian dijual di sebuah laman sesawang lelongan antarabangsa bernilai AS$1 juta. Baca Juga: Tisu Messi Guna Untuk Lap Air Mata Dijual RM4.24 Juta.
EmoticonEmoticon