Satu lubang raksasa 'sinkhole' secara tiba-tiba muncul di kawasan luar bandar di Mexico tengah telah mengemparkan penduduk. Lebih merisaukan lubang itu seakan 'hidup' apabila terus membesar menelan daratan sekaligus mengancam kediaman mereka.
Pada hari Sabtu, 29 Mei 2021, keluarga Sanchez mendengar bunyi dentuman kuat yang awalnya mereka anggap sambaran kilat. Namun, mereka segera mengetahui bahawa berlaku tanah runtuh hanya beberapa meter dari rumah mereka yang terletak di sebuah lapangan di Santa Maria Zacatepec, Puebla.
Pada mulanya lubang ini hanya berukuran 5 meter, kemudian membesar selebar kira-kira 30 meter pada 30 Mei 2021. Lubang itu dengan cepat membesar menjadi 60 meter pada hari isnin, 31 Mei 2021, dan pada hari selasa ia terus membesar sekitar hingga 80 meter, kata pihak berkuasa, semalam.
Lubang itu kini menghampiri kediaman keluarga Sanchez, yang bimbang mereka akan kehilangan tempat tinggal. "Kami tidak mempunyai apa-apa, kami bukan dari sini, kami tidak mempunyai saudara-mara, kami bersendirian," kata Heriberto Sanchez, yang berasal dari negara tenggara bahagian Veracruz.
Pihak berkuasa Negeri dan Persekutuan sedang menyiasat punca berlakunya lubang tersebut. Mereka juga mencari jalan penyelesaian untuk melindungi penduduk tempatan. Penduduk bimbang kerana 'lubang raksasa' itu semakin membesar dan mengancam kawasan perumahan mereka.
Gabenor Santa Maria Zacatepec, Miguel Babosa Huerta mengatakan, lubang itu mempunyai kedalaman kira-kira 20 meter. Dia mengatakan bahawa keluarga yang tinggal di dekat lubang itu telah dipindahkan.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai penduduk yang cedera. Bagaimanapun Gabenor memberi amaran kepada penduduk setempat agar menjauhkan diri dari lubang tersebut. Sinkhole adalah lubang di tanah yang disebabkan oleh hakisan dan saliran air.
Ukuran diameter sinkhole boleh beralih dari beberapa meter hingga sangat besar, yang mampu merobohkan seluruh bangunan. Fenomena sinkhole adalah fenomena semula jadi, tetapi proses pembentukannya kadang-kadang dikaitkan dengan campur tangan manusia. Sumber: medcom.id
EmoticonEmoticon