Sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup memang digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik itu.
Disebabkan itu, permintaan terhadap pelitup muka tak kira pakai buang atau pelitup muka kain kini mempunyai permintaan tinggi. Pelbagai jenis dan warna pelitup muka yang ada di pasaran, dari yang murah hingga yang paling mahal.
Orang ramai mula turut menjadi kreatif untuk membuat pelitup muka sendiri. Tahun lepas tular seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$4,000 atau kira-kira RM17,000 untuk membuat pelitup muka khas bagi melindunginya daripada Covid-19.
Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 50, dari bandar Pune, pelitup muka bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.
"Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain," katanya.
Jelas Kurhada, dia mendapat idea itu selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai pelitup muka diperbuat daripada perak. Dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.
"Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka bersalut emas di pasar," katanya. Sumber: Tiffany Lo/Daily Star (7/6/2020).
EmoticonEmoticon