Malaysia baru sahaja dikejutkan dengan berita kejadian pencerobohan 16 pesawat asing dari China di ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu, Sabah, semalam. 16 pesawat China terbabit dipercayai merupakan pesawat tentera udara China.
Kehadiran mereka yang langsung tidak diundang itu menimbulkan pelbagai spekulasi serta kebimbangan awam. Kementerian Luar Negeri mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China ekoran pencerobohan 16 pesawat tentera negara itu di ruang udara Zon Maritim Malaysia.
Kedutaan Besar China di Malaysia kemudian memberi penjelasan mendakwa tindakan 16 buah pesawat tentera republik itu memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin sebagai latihan penerbangan biasa.
Jurucakap kedutan itu berkata, kesemua 16 pesawat Tentera Udara China (PLAAF) tersebut tidak langsung menyasarkan mana-mana negara. Menurut undang-undang antarabangsa, kapal terbang tentera China itu hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan.
"China dan Malaysia adalah negara jiran yang baik dan China bersedia meneruskan hubungan dua hala dengan Malaysia bagi bersama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
"Malah, sepanjang latihan tersebut, pesawat tentera China itu mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkaitan dan tidak memasuki ruang udara wilayah mana-mana negara lain," katanya.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 yang terbang pada ketinggian 23,000 dan 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots
Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi. China ketika ini semakin agresif meluaskan 'jajahannya' di wilayah perairan yang dituntut di Laut China Selatan.
Malahan, pasukan pengawal pantai China sering memberi amaran kepada mana-mana bot atau kapal yang melalui kawasan tersebut. Sumber: Berita Harian, Astro Awani
Baca juga: 16 pesawat PLAFF China masuk Zon Maritim Malaysia, berhampiran Kota Kinabalu
EmoticonEmoticon