Sebuah organisma mikroskopik multisel ditemui masih hidup setelah membeku selama 24,000 tahun di Siberia. Makhluk mikro yang disebut Bdelloid Rotifers ini biasanya tinggal dipersekitaran berair dan mempunyai kemampuan luar biasa untuk bertahan hidup dalam keadaan ekstrem.
Para saintis Rusia menemui makhluk itu dalam inti tanah beku yang diekstrak dari lapisan ais di Sungai Alayeza, Arktik Rusia, menggunakan rig penggerudian. Setelah dicairkan, ia dapat membiak secara aseksual walaupun telah menghabiskan ribuan tahun dalam keadaan beku, suatu keadaan yang dikenali sebagai crytobiosis.
Penyelidikan sebelumnya mengatakan bahawa makhluk mikro ini dapat bertahan hidup dalam keadaan beku sehingga 10 tahun. Tetapi kajian terbaru, yang diterbitkan dalam Current Biology pada 07 Jun 2021, Isnin lalu, menunjukkan bahawa makhluk itu dapat bertahan selama ribuan tahun atau bahkan selama-lamanya.
"Laporan kami adalah bukti paling sukar setakat ini bahawa makhluk multisel dapat dibekukan dan disimpan seperti itu selama ribuan tahun dan kemudian hidup kembali," kata Stas Malavin, seorang penyelidik dari Institute of Physicochemical and Biological Problems in Soil Science.
Dalam kajian terbaru itu, para penyelidik Rusia menggunakan radiocarbon untuk menentukan bahawa makhluk yang mereka temui dari permafrost berusia sekitar 24,000 tahun. Dia mengatakan lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk melihat bagaimana makhluk yang membeku ribuan tahun kembali hidup.
Walaupun tidak semua rotifer bertahan dalam proses pembekuan, penyelidikan menunjukkan bahawa makhluk itu memiliki beberapa mekanisme yang dapat melindungi sel dan organ mereka dari bahaya pada suhu yang sangat rendah.
Para saintis dalam kajian itu, turut menempatkan puluhan mamalia yang telah lama mati tetapi terpelihara dengan baik, termasuk beruang gua dan raksasa yang telah punah yang juga telah digali dari lapisan ais, untuk memeriksa prosesnya.
Sebelum ini, terdapat laporan mengenai organisma multisel yang hidup kembali setelah beribu-ribu tahun membeku. Cacing nematode telah dihidupkan kembali dari lapisan ais ditemui di timur laut Siberia, dalam sedimen yang berusia lebih dari 30,000 tahun. - Sumber BBC Indonesia.
EmoticonEmoticon