Tular di media sosial satu pasangan muda bertengkar di hadapan sebuah kedai handphone, dipercayai ingin beli iPhone tapi tidak kesampaian. Dalam video tersebut, terlihat pasangan muda itu sedang bertengkar depan counter tersebut sehingga timbulnya adegan tolak menolak di hadapan kedai itu.
Pertengkaran tercetus dipercayai kerana wanita berkenaan menginginkan telefon bimbit jenis iPhone namun teman lelakinya itu membelikannya telefon bimbit jenis Vivo.
Dakwaan wanita itu inginkan iPhone, tertulis dalam kapsyen orang yang memuat naik video bernama Aditya Banar yang berkongsi video berkenaan di dalam satu group di Facebook pada Ahad, 06 Jun 2021 lalu.
"Sayang aku mau nya iphone bukan vivo," tulis Aditya Banar.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita berbaju kuning kelihatan tidak bersetuju dan marah pada lelaki itu. Lelaki yang berseluar pendek itu tampak menahan sabarnya sambil menenangkan wanita berkenaan.
Bahkan wanita yang bertudung itu dilihat menolak lelaki tersebut ke belakang beberapa meter. Tidak hanya berlaku menolak dan tarik menarik, pasangan muda itu turut dilihat bertengkar.
Kejadian tersebut dilaporkan disaksikan oleh pekerja dan sebilangan pengunjung yang kebetulan berada di kedai handphone berkenaan. Perakam video itu turut menyatakan sesuatu semasa merakam insiden tersebut.
"Bertengkar pula, jadi beli atau tidak?" kata perakam video tersebut. Kemudian, dia memberikan peringatan bahawa jika mahu bergaduh, jangan bergaduh di situ.
Tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku, namun dipercayai berlaku di luar negara. Kesahihan wanita itu meminta teman lelakinya membelikannya iPhone juga tidak dapat dipastikan. - Sumber Kendalku.
EmoticonEmoticon