Seorang lelaki dari Zimbabwe, mengaku hidupnya bahagia di samping 16 isteri serta 151 orang anak. Walaupun sudah berusia 66 tahun, lelaki ini masih bercita-cita untuk memiliki 100 isteri dan 1,000 anak sebelum dia meninggal dunia.
Menurut lapor akhbar Daily Mail, semalam, Misheck Nyandoro, 66, yang tidak bekerja berkata, tugasnya adalah untuk melayani kesemua isterinya. Nyandoro yang bakal berkahwin dengan isteri ke-17 pada musim sejuk 2021 nanti, mengatakan kerjanya hanya meniduri 4 isterinya mengikut jadual sebagai kaedah menambah ahli keluarga.
"Setiap malam, saya akan tidur di bilik 4 orang isteri mengikut jadual. Begitulah rutin harian saya iaitu untuk melayan kesemua isteri, saya tiada pekerjaan lain," jelasnya.
Nyandoro juga mendakwa biarpun dia tidak bekerja, dia hidup mewah kerana sering diberikan wang dan hadiah oleh anak-anaknya. Lelaki itu mula hidup berpoligami sejak 1983 dan tidak berhasrat untuk berhenti berbuat begitu sehinggalah dia mati kelak.
Dia juga mendakwa kesemua isterinya gembira dengan cara hidup sebegitu. Keluarga besar Nyandoro hidup bergantung pada hasil pertanian dan telah diberikan tanah seluas 93 hektar berdekatan pergunungan Mvurwi untuk diusahakan.
Nyandoro berkata hidupnya bebas tekanan kerana dia tidak bekerja dan kesemua isterinya amat sayangkan dia serta akan memasak pelbagai juadah berbeza kepada Nyandoro.
"Saya juga hanya makan makanan yang enak, sekiranya masakan isteri tidak menepati selera, saya akan menghantar pulang makanan itu supaya dia belajar dan memperbaiki masakannya," jelas lelaki itu.
Enam anaknya ialah anggota tentera, dua polis dan 11 lagi bekerjaya dalam pelbagai profesion manakala 13 anak perempuannya sudah berkahwin. Dua isterinya sedang mengandung dan 23 anak lelakinya sudah berkahwin, salah satunya mengikut jejak ayahnya, dengan empat isteri.
Nyandoro kali terakhir berkahwin pada 2015 sebelum berhenti kerana situasi ekonomi yang memburuk di Zimbabwe. Dia menyatakan akan kembali merancang projek poligaminya pada tahun 2021 ini. Sumber: Daily Mail
EmoticonEmoticon