Sabtu, 24 April 2021

Kisah 'kota mati' kosong dan sepi lebih 50 tahun tidak berpenghuni


Kota-kota terbengkalai tidak hanya terdapat dalam filem. Di seluruh dunia, terdapat banyak kota terbiar yang penuh misteri dengan kisah sedih di belakangnya, salah satunya adalah kota Craco.


Craco terletak daerah Basilicata, wilayah Matera di selatan Itali, sekitar 40 kilometer dari teluk Taranto. Bandar ini, yang berasal dari abad pertengahan, mempunyai kawasan yang dipenuhi dengan bukit-bukit yang naik dan turun, serta hamparan gandum yang ditanam dan tanaman lain.


Pada tahun 1891, populasi Craco lebih dari 2,000 orang. Namun, keadaan pertanian di sana pada masa itu sangat buruk, ditambah dengan pelbagai bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan juga peperangan. Menurut catatan sejarah, sekitar tahun 1277-1561, populasi di Craco adalah yang paling pesat seramai 25,900 penduduk.



Pelbagai masalah sosial dan kemiskinan membuat mereka putus asa. Disebabkan itu penduduk mula berpindah untuk pergi ke Amerika Utara, mencari kehidupan yang lebih baik. Antara tahun 1892 dan 1922, sekitar 1,300 orang meninggalkan Craco.


Setelah sebahagian besar penduduk Craco berhijrah ke daerah lain, Craco mulai sepi, dan hanya tinggal penduduk yang masih berusaha bertahan di sana. Pada tahun 1959 dan 1972, Craco dilanda gempa bumi dan tanah runtuh.


Bencana alam yang menyusahkan ini menjadikan penduduk yang tinggal di sana mula berpindah ke lembah berhampiran meninggalkan wilayah Craco yang kini benar-benar kosong.


Hingga kini, Craco masih dalam keadaan rosak, sepi, dan hanya meninggalkan sebahagian kecil dari sejarah penduduknya. Walaupun digelar sebagai 'Kota Mati' Craco mempunyai daya tarikan tersendiri.


Kota mati Craco di Itali. - Foto Getty Images

Kota mati Craco di Itali. - Foto Magnus Mundi

Kota mati Craco di Itali. - Foto Magnus Mundi

Kota mati Craco di Itali. - Foto Magnus Mundi

Kota mati Craco di Itali. - Foto Magnus Mundi


EmoticonEmoticon