Masih banyak misteri tentang alam yang belum dapat kita ketahui. Terbaru, saintis-saintis di Amerika Syarikat percaya serpihan planet asing dinamakan Theia terkubur di dalam perut Bumi selepas dua planet tersebut berlanggar 4.5 bilion tahun lalu.
Menurut lapor akhbar Daily Star, sebilangan saintis berpendapat impak sama di angkasa lepas telah membentuk Bulan. Bagaimanapun, mereka kini mengkaji serpihan akibat pelanggaran itu yang dipercayai tertanam di dalam kerak Bumi.
Pakar geologi Universiti Negeri Arizona, Qian Yuan berpendapat, tompok-tompok padat di dalam perut Bumi yang dianggap misteri merupakan serpihan Planet Theia yang masih terpasak kukuh di dalam bumi.
"Mantel planet Theia mungkin beberapa peratus lebih padat daripada mantel Bumi. Keadaan itu mengakibatkan ia tenggelam ke lapisan paling bawah Bumi dan terkumpul di dalam timbunan termokimia," katanya pada Persidangan Sains Planet dan Bulan yang diadakan secara maya baru-baru ini.
Mantel merujuk kepada lapisan di antara kerak dan teras luaran Bumi. Timbunan termokimia itu boleh menyebabkan seismik iaitu aktiviti batuan bawah tanah yang menyebabkan kejadian seperti gempa dan letusan gunung berapi di kawasan tompokan tersebut.
Saintis-saintis juga mengenal pasti kawasan spesifik di dalam di mana serpihan Theia tersimpan. Teori pertembungan Planet Theia dan Bumi dikenali sebagai hipotesis impak gergasi. Saintis turut percaya material Theia yang padat dapat bertahan selama berbilion -bilion tahun.
Menurutnya, Theia telah berlanggar dengan Bumi sekitar 4.5 bilion tahun lalu dan sebilangan saintis berpegang kepada teori tersebut kerana ia dapat menjelaskan kewujudan Bulan dan mengapa teras planet kita lebih besar berbanding saiz Bumi sendiri. - Sumber Daily Star.
Serpihan planet asing, Theia dipercayai terkubur di pusat Bumi selepas ia berlanggar dengan planet kita 4.5 bilion tahun lalu. - Foto Getty Image
1 comments
Inform me artical and any more information,science and technology,or scientice research,or many more information,thanks.
EmoticonEmoticon