Pembeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Thailand disambut dengan pemandangan yang menakutkan ketika biawak gergasi setinggi 6 kaki atau kira-kira 1.8 meter naik ke rak mencari makanan.
Daily Mirror melaporkan kejadian itu dirakam melalui video yang kemudian tular di media sosial. Kejadian biawak besar itu masuk dan memanjat rak makanan di kedai itu dipercayai berlaku di sebuah premis di Nakhon Pathom, pada Selasa 6 april lalu.
Reptilia gergasi itu dipercayai keluar dari saluran air terdekat sebelum merangkak masuk ke kedai itu. Saksi yang melihat kejadian itu dan merakam pemandangan luar biasa itu, Narumpa Tangsin mengakui bahawa dia cuba untuk mendekati biawak berkenaan.
Menurutnya, haiwan itu boleh menjadi berbahaya apabila sedang marah dan kelaparan. Dia berhenti di kedai ini untuk membeli makanan dan kemudian melihat biawak besar di dalamnya.
"Malah, saya ingin mengambil minuman tetapi reptilia itu terlalu dekat dengan lorong minuman. Biawak ini boleh menjadi bahaya terutama ketika marah, jadi saya diam saja dan merakamnya menggunakan telefon bimbit saya," katanya.
Kakitangan dan pelanggan lain bersembunyi di sebalik meja, sementara binatang itu naik ke rak dan menjatuhkan beberapa kotak susu ke lantai.
Menurutnya, seorang pembantu kedai yang risau akan kejadian tersebut telah menghubungi polis untuk datang dan menangkap haiwan tersebut, dan polis tiba beberapa minit kemudian.
EmoticonEmoticon