Jumaat, 5 Mac 2021

Taufan ruang angkasa dikesan atas Kutub Utara, fenomena alam luar biasa yang pertama ditemui saintis

Gambar Hiasan.

Sebut saja 'taufan' pasti kita akan terbayang akan angin kencang yang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.


Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar, namun pernah anda terfikir bahawa fenomena ini juga turut terjadi di ruang angkasa? Bagaimana ia terjadi dan persoalan mengenai perubahan iklim dan kesannya kepada alam semesta.


Para saintis menemui 'taufan ruang angkasa' di atas Kutub Utara untuk pertama kalinya, sekaligus memberi indikasi awal mengenai fenomena yang mungkin terjadi di planet lain di seluruh alam semesta.


Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam. Penyelidikan diketuai Universiti Shandong, China yang menggunakan data satelit untuk menganalisis dan mengenal pasti taufan ruang angkasa mendapati, ia bukan corak udara dan air yang berpusing, sebaliknya gas plasma ion.


"Taufan itu dilihat berlaku kira-kira lapan jam sebelum hilang. Hingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada taufan plasma ruang angkasa wujud, jadi sebagai buktinya adalah dengan hasil pemerhatian yang sangat luar biasa ini," kata Profesor Mike Lockwood, saintis angkasa di University of Reading.


Memetik laporan The Watchers, Lockwood berkata taufan ruang angkasa berupaya menjadi fenomena alam semesta, sama ada di planet mahupun bulan apabila wujudnya medan magnet dan plasma.


"Ribut tropika dikaitkan dengan sejumlah besar tenaga, dan taufan luar angkasa ini akan dihasilkan menerusi pemindahan tenaga angin solar termasuk zarah-zarah sangat besar dan memasuki ke atas atmosfera bumi.


"Medan plasma dan magnet di atmosfera planet ada di seluruh alam semesta, jadi penemuan ini menunjukkan taufan ruang angkasa akan menjadi satu fenomena yang besar,” katanya.


Taufan luar angkasa, yang terjadi sewaktu tempoh aktiviti geomagnetik rendah, dikesan mempunyai ciri utama yang sama dengan taufan di atmosfera bumi. Para saintis mengatakan proses itu mungkin juga penting untuk interaksi antara angin dan sistem solar lain di seluruh alam semesta.


Taufan luar angkasa yang dikesan bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam. - Foto Shandong University.

1 comments

Mungkin ribut ni lah yang akan terjadinya kiamat .. allah hu akhbar .. kiamat semakin dekat .. tggu masa sahaja ..


EmoticonEmoticon