SUNGAI SIPUT - Tindakan agresif seorang penganggur berusia 42 tahun menolak keretanya ke dalam lombong di Taman Lintang Makmur, di sini, semalam, membawa padah apabila dia ditahan untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mengesahkan lelaki yang menolak keretanya berada dalam di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan tersebut.
"Lelaki terbabit mendakwa dia bersendirian ketika menolak kereta itu. Selain itu, terdapat juga saksi mendakwa melihat lelaki berkenaan menolak kereta berkenaan sewaktu memancing di tasik ini kira-kira 6.30 pagi," katanya.
Beliau berkata, operasi pencarian membabitkan 11 anggota BBP Sungai Siput selain enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar dan tujuh anggota polis.
"Pemeriksaan lanjut polis menemui dadah jenis amphetamine seberat 0.07 gram dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah sama," katanya ketika dihubungi. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, polis memanggil pasukan bomba bagi memastikan tiada mangsa yang terlibat dalam kereta yang ditolak lelaki berkenaan, anggota bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat pencarian sehingga 30 meter ke tengah lombong dengan kedalaman 25 meter.
Kereta tersebut berjaya dijumpai dan disahkan tiada mangsa di dalamnya. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari. Suspek menjalani ujian saringan air kencing mendapati positif dadah ditahan untuk membantu siasatan.
Bomba sedang mempersiap peralatan menyelam bagi mencari kedudukan sebenar sebuah kereta yang ditolak jatuh oleh pemiliknya ke dalam tasik bekas lombong di Taman Lintang Makmur, semalam.
EmoticonEmoticon