Selasa, 16 Mac 2021

Laluan purba sejauh 1,600 km dari Iraq ke Makkah ditemui


Jika berkunjung ke Arab Saudi, destinasi lazim dituju adalah kota Madinah dan Makkah bagi mengerjakan ibadah haji atau umrah. Pada masa sama, Arab Saudi menggalakkan pelancong meneroka pelbagai tempat menarik selain menyelami sejarah, keunikan seni dan budaya negara terbabit.


Arab Saudi yang terkenal dengan banyak peninggalan peradaban purba yang masih banyak belum ditemui. Kumpulan arkeologi Arab Saudi baru-baru ini telah menemukan satu lagi peninggalan sejarah iaitu tapak laluan purba yang menghubungkan Kufa di Iraq ke Makkah sejauh 1,600 kilometer.


Lapor Arab News, Penemuan laluan yang dinamakan Laluan Zubaida itu secara tidak langsung menunjukkan bagaimana agama Islam berkembang di tanah Arab.


Beberapa siri projek penggalian dilakukan di tapak tersebut, terutamanya di wilayah Hail dan pasukan arkeologi dijangka menemukan lebih banyak laluan yang pernah digunakan oleh ribuan jemaah untuk menunaikan haji setiap tahun sebelum ini.


Projek itu adalah kerjasama antara Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan pakar arkeologi dari Universiti Hail berserta beberapa pakar luar negara. Reaktor universiti tersebut, Dr. Khalil al-Ibrahim berkata, masih banyak bandar dan tapak sejarah di sepanjang Laluan Zubaida belum diterokai.


"Pelbagai tapak arkeologi termasuk bandar purba yang dipercayai berusia 10,000 tahun lalu ditemukan di sepanjang laluan tersebut dan penemuan itu memberi peluang kepada kami untuk menerokai lebih luas," katanya.


Antara tapak purba yang ditemukan oleh pasukan arkeologi di Hail, Arab Saudi.

Antara tapak purba yang ditemukan oleh pasukan arkeologi di Hail, Arab Saudi.


EmoticonEmoticon